Tuesday, October 26, 2010

Ukhuwwah lebih utama, (:

BismiLLAHirrahmanirrahim,

Assalamualaikum,
Sahabat pembaca sekalian.

Ternyata Aulawiyyat itu sudah tidak lagi dipedulikan.
Masalah besar dipandang remeh dan kecil, sementara masalah kecil diagung agungkan :)

Apabila bertemu Ukhuwwah dengan Peraturan,
Ternyata Ukhuwwah diabaikan.

Ingatlah akan kisah yang berlaku di Negeri Mesir,
Ketika para jemaah dalam sebuah Masjid bertelingkah dalam perkara Solat (Kalau tidak silap), berhari tidak bertegur sapa, benci di antara satu sama lain, bertumbuk dan sebagainya selama beberapa hari akan sebuah masalah,
Lalu, pabila tiba hari di mana mereka diajar oleh seorang Ustaz,
Mereka dengan lajunya bertanya kepada Sang Ustaz, mereka saling bertelingkah di hadapan Sang Ustaz, lalu Sang Ustaz pun memberikan jawapan.
Ternyata pihak yang di pihak benar pun mengecil-ngecilkan pihak yang salah.
Berterusanlah mereka bergaduh sedang Sang Ustaz duduk di hadapan mereka,
Lalu beliau memulakan bicara "IttaquLLAH!" (Taqwalah kepada ALLAH), lantas berkata lagi, "Antum bertelingkah di atas suatu perkara yang Furu', yang di mana tidak ALLAH Syariatkan(wajibkan), sedang Antum lupa akan Ukhuwwah Islamiyyah yang telah ternyata WAJIB di dalam AlQuran dan AlSunnah, ternyata Antum masih belum Faqih dalam Aulawiyyat"
Lalu, menangislah para jemaah Masjid, dan mereka berakhir dengan bersalam salaman dan memohon maaf.
Sang Ustaz yang berjaya menyatukan hati hati mereka penduduk mesir ini ialah, Imam Hassan al-Banna (:

Lihatlah bagaimana Ummat zaman ini amat memerlukan Mujaddid seperti beliau.
Masalah yang sama, cuma situasi dan keadaan yang berbeza.
Ummat Islam tidak dapat menyelamatkan Ukhuwwah daripada terpelihara, kerana masing masing menyatakan bahawa mereka BENAR, mereka menjaga PRINSIP mereka dan mengabaikan KEWAJIPAN mereka.

Situasi ini ku lihat berlaku di Institusi Institusi Islam sendiri.

Ikhwah fiLLAH,
Seakan akan sekarang ini ku lihat,
Guru vs Anak Murid, dan Ibu Bapa vs Guru.
Sang Guru ingin anak muridnya menurut perintah dan peraturan, PRINSIP yang benar.
Sang Anak Murid pula menyangka bahawa ilmunya lebih, lalu membantah cara PERATURAN dan PERINTAH dijalankan, PRINSIP mereka juga benar.
Sang Ibu Bapa ingin pihak Sekolah bertoleransi dan mematuhi hak hak manusia, hak PRIVASI mereka, ternyata mereka juga BENAR.

Tetapi, di sisi ALLAH,
Semua kita SALAH, semua kita SOMBONG, semua kita BONGKAK, TAKABBUR.
AstaghfiruLLAH,
Rupa rupanya kita semua sedang bersalah di sisi ALLAH, walaupun kita betul dan benar di sebelah SISI lagi.
Prinsip, perlu kita JAGA dan PERJUANGKAN, memang benar.
Namun, ada yang lebih UTAMA, iaitu UKHUWWAH (:
Dengan Ukhuwwah, akan berjalanlah DAKWAH.
Tanpa Ukhuwwah, segala Dakwah yang berbentuk NASIHAT dan TEGURAN tidak akan dilayan, bahkan diCEMUH kerana Ukhuwwah itu tiada.

Binalah Ukhuwwah, agar prinsip kita terBELA, jagalah Ukhuwwah.
Sesungguhnya, jika ingin dilihat TAHAP dan NILAI ukhuwwah kita dengan seseorang,
Lihatlah apabila masalah timbul, adakah dia akan mendahulukan UKHUWWAH.

Marilah kita mencari jalan penyelesaian,
Tak guna bergaduh berkelahi sesama Saudara.
Sungguh, lebih banyak masalah UTAMA yang perlu diperdebatkan dan digaduhkan.
Moga kita dikurniakan UKHUWWAH yang Mubarakah dan dihancurkan PENGKHIANAT PENGKHIANAT dan PEMUSNAH PEMUSNAH Ukhuwwah ini.
ALLAHUAKBAR!

Thursday, October 21, 2010

Tak tahan lagi,

BismilLAHirrahmanirrahim,
Assalamualaikum :)

Abah,Ummi,Guru,Ustaz,Ustazah,Sahabat,
Aku, tak tahan lagi.

Kepada yang berkenaan:

'Maafkan aku, maafkan aku maafkan aku,
"Sesungguhnya kemaafan itu lebih dekat dengan TAQWA"
Aku mengaku bersalah, membawa Telefon Bimbit ke Sekolah, dan niatku untuk mengatakan yang perbuatan membuka Bag seseorang tanpa keberadaanya dan keredhaanya itu merupakan sesuatu yang bercanggah dengan Sunnah bukanlah untuk mengatakan bahawa aku tidak bersalah dan antum yang bersalah. Tidak sama sekali! Tetapi, niatku hanya Allah yang tahu.
Tetapi, amat hairan sekali aku, kerana Sekolah yang aku cintai ini, sudah lagi tidak menerima teguran.
Aku sedar ilmu ku cetek, tak bagai para Ustaz-ustaz muda yang disanjungi itu.
Aku sedar aku hanyalah seorang pelajar yang hanya perlu ikut membabi buta segala ajaran.
Sungguh tidak boleh aku sorokkan lagi perasaan ini,
Ingin aku nyatakan dengan sejujur jujur hati,

Sekolah yang aku sayangi, sungguh dirimu telah BERUBAH :)

Perkara ini dirasakan semenjak pemergian dua orang tokoh: U. Abdul Muein dan U. Luqman.
Dua orang tokoh yang berpengalaman, matang dan berjiwa dewasa,
Mereka mendidik kami dengan akal, mereka berfikir.
Kerana mereka telah melalui zaman kami, dan mereka juga mempunyai keluarga.
Mereka sangatlah berpengalaman dalam menjadi Ibubapa, bukan hanya pada TEORI nya sahaja.


Luahan hati ini, tak siapa peduli.
Sehingga saat ini, tidak sanggup ku tahannya lagi.

Depan ibarat MALAIKAT, sebaliknya terpakai topeng Syaitan.
Kata kata ini ditujukan kepadaku, apa pernah aku mengadu?
Menghancurkan agama dengan agama, mempermainkan agama dan sebagainya,
Semua kata kata perlian ditujukan, ada pernah aku kecewa?

Tolonglah, jangan perpanjangkan perkara yang pendek.
Sekecil kecil Telefon Bimbit boleh mengakibatkan perbincangan panjang lebar seperti apa yang aku lihat sepanjang minggu ini?
Masalah ummat yang berjuta kali ganda lebih besar, ada pernah antum terfikir?
Sudahlah, tak sanggup lagi aku berada di dalam dosa ini.
Aku bersalah,aku mengaku.

Tolong jangan biarkan aku benci dan marah kepada satu satunya Sekolah yang pernah aku kagumi.

Afwan, agak Emosional sedikit.
Jujurnya, aku perlukan DAMAI :)
Berdamai, the best way to treat problems.
Aku ingin seperti dulu,
Tolong maafkan aku, lupakan kisah buruk ini.
Mohon maaf wahai Sekolah ku,
Iloveyou.

Sunday, August 29, 2010

Aku bukannya MALAIKAT,

Ummi, Abah, Cikgu, Teman, Rindu,

Anakmu, Anak muridmu, Sahabatmu, Rindumu,
Seorang manusia biasa.

Aku melakukan kesalahan dan aku melakukan kesilapan,
Aku melakukan maksiat dan keinkaran,
Aku berdosa dan berdosa.

Aku tahu ramai yang tidak YAKIN denganku,
Ramai yang tidak percaya padaku,
Yea, memang aku tak mampu BERUBAH, memang aku tak mampu menjadi SOLEH,
Jikalau TANPA pertolongan TUHANKU.
Jangan kalian mempertikaikan niat seseorang untuk berubah,
Jangan sesekali,
Kerana SUNGGUH dia itu bahkan lebih mulia dari kalian,
Kerana walaupun dia tahu dia tidak mampu, namun dia TETAP mencuba.

Manusia,
Aku seorang manusia Ummi,
Anakmu seorang MANUSIA,
Pelajarmu seorang MANUSIA, Cikgu
Aku seorang MANUSIA, Sahabat.

Tidakkah kalian ingat HAKIKAT manusiaaa?
Berbuat KESILAPAN perkara biasa,
Namun yang membezakan manusia ialah,
Nilai TAQWA yang berbeza,
Kapan kerapkah dia BERTAUBAT, itulah yang membezakan KITA.

Imanku, iman MANUSIA,
Sungguh bukan Imanku, imannya para MALAIKAT :)

Imannya MANUSIA itu = Naik dan Turun

Imannya MALAIKAT itu = Tetap

Pahamilah situasiku ini,
Aku ini MANUSIA, sama seperti kalian,
Cuma, Aku ini tidaklah seKUAT kalian,
Kalian mampu melakukan, tidak semestinya aku.

Aku bukannya Malaikat, :)Aku

Friday, August 27, 2010

Cinta, kau ingin pergi jua :'(

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Cinta, pabila kau datang dulu,

Ku tulis buatmu sajak rindu,

Terasa baru seminggu ku berbuat begitu,

Kini,kau sudah mahu pergi meninggalkanku,

Dan kini,aku menulis buatmu sajak pilu,

Harus ku tahan rindu,mengharungi bulan bulan mendatang tanpa kamu,

Sedih,pilu,hiba siapa yang tahu,

Saat kau dan aku,

Bersama mengagungkan Pencipta-mu,

Kini,hanya aku

Tak ku sangka kau begitu cepat ingin meninggalkanku,

Ramadhan,cintaku,

Cintaku padamu,ketagih sungguh dirimu,

Ku dahagakan Kasih Sayangmu,

Ramadhan kekasihku,

Telah rugi orang yang tidak mencintaimu,

Dicintanya dunia,bukan kamu

Sedangkan kau telah datang padanya,dianggapnya debu,

Celaka dan celaka dan celakalah,orang yang pabila kau berlalu,

Tidak dia diampunkan dosanya bagai bayi yang baru,

Sungguh, jangan KAU golongkan aku dalam golongan itu wahai Tuhan pencipta Rindu,

Sungguh,aku tidak mampu,

Menanggung neraka, rumah dan tempat tinggal orang yang tidak diampunkan olehMU,

Sayu hatiku, pilu , kaku anggotaku,

Saat mendengar Takbir Raya, Adik kepadamu

Bulan di mana, musuh musuh laju ,tidak lagi dibelenggu

Bulan di mana,Rumah Tuhan-mu kembali berdebu,

Ditinggal menjadi balu,

Oleh manusia berhati batu,

Insaf mereka Palsu dan Palsu,

Sungguh,jangan KAU golongkan aku bersama orang yang Palsu,

Ke atas KAUlah urusanku,

Kau jualah yang tahu, rindu,pilu, sayu hatiku,

Akan Ramadhan, Cinta Wasilah-ku, untuk menuju,

WAJAH,ZAT yang sebenar benarnya aku rindu,

Ramadhan, kau rinduku,kasihku,cintaku,

Jangan kau tinggalkan aku bertepuk sebelah tanganku,

Terimalah Cinta yang telah ku curahkan selama ini Ya Allah,

Kepada engkaulah,kembalinya segala rindu dan pilu.











PENCINTA SENI
270810
17 Cinta 1431
Diariabbas.blogspot.com

Klimaks Ramadhan,

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

AssalamualaikumwarahmatuLLAHiwabarakatuh,

“Setiap yang datang pasti akan pergi, dan setiap yang akan datang itu dekat”

Ramadhan yang datang pasti akan pergi, dan AJAL yang akan datang itu dekat.

Setiap perkara pasti ada kemuncaknya, dan bagi Ramadhan itu KLIMAKS-nya sendiri.Iaitu pada 10 hari terakhir Ramadhan.Ramai manusian menjadikan 1/3 awal ramadhan itu sebagai KLIMAKS-nya, begitu kita lihat, Masjid dan Surau, dibanjiri dengan manusia.Tetapi,apabila tiba KLIMAKS sebenar Ramadhan, mereka berpaling pula, membanjiri lebuhraya lebuhraya untuk pulang ke Kampung.Sungguh rugi orang yang diRUGIkan daripada Fadhilat KLIMAKS Ramadhan.Bahkan, ada sekelompok manusia lagi yang bersuka ria dengan kehadiran Hari Raya sedangkan pada dasarnya dia sama sekali tidak LAYAK untuk merayakan hari Raya umat Islam.


Saudara, berapa ramai orang yang berlalu 2/3 Ramadhan-nya di dalam kebaikan, di dalam ketaatan Allah. Tilawah, Solat Sunat, Sadaqah, amalan harian sepanjang Ramadhan. Namun, berapa ramai juga orang yang berlalu 2/3 Ramadhan-nya di dalam kemaksiatan dan kelalaian? Mereka berlapar dan dahaga, mereka memperkecilkan RAMADHAN, menghinakan orang orang yang BERAMAL baik, tangan mereka terlalu KEDEKUT,untuk bersadaqah.Sungguh, orang orang begini tidaklah Syaitan itu MUDHARAT baginya.Kerana, dia semasa Syaitan dibelenggu itu SAMA seperti dia yang ketika Syaitan tidak dibelenggu.Maka, hanya ke atas Allah sahaja-lah kita berserah diri.


Ikhwah fiLLAH,
Sungguh, ALLAH tahu hambaNYA jikalau diganggu Syaitan, mereka akan KALAH. Lalu DIA turunkan RAMADHAN. ALLAH juga tahu dan paham,hambaNYA banyak melakukan dosa,lalu DIA membuka pintu keAmpunan. Namun, manusia masih lagi tidak tahu dan tidak paham dan TAAT akan tuntutan ALLAH.Namun, tidak mengapa. ALLAH tahu masih ramai manusia tidak mendapat apa apa daripada hidup mereka, lalu ALLAH dengan kasih sayang-Nya, DIA turunkan sebuah MALAM yang lebih baik daripada 1000 malam @ 83 Tahun.Namun, dalam ALLAH tahu dan paham akan hamba-NYA.Masih ramai hambaNYA yang tidak mahu mengendahkan Kasih Sayang ALLAH ini.Sungguh, hanya ALLAH yang mampu memberi HIDAYAH.


لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ [٩٧:٣]

“Laylatul-qadr itu SUNGGUH,lebih baik daripada 1000 bulan”
تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ [٩٧:٤]

“Turunlah Malaikat dan juga Ruh (Jibril) pada malam itu dengan izin Allah”
سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ [٩٧:٥]

“Keselamatan dan kesejahteraan sehinggalah terbit Fajar”



Ikhwah,

Mengapa 10 malam terakhir sering dikaitkan dengan Laylat-Qadr?
Ketahuilah sesungguhnya, 10 malam terakhir itu bermanfaat dan penting, bukan kerana dirinya sendiri, Namun kerana Laylat-alQadr yang TINGGAL di dalamnya.
Semua persoalan yang ada di dalam benak hati kita itu tidaklah berguna jika tidak disertakan AMAL dengan segala yang telah kita tahu tentang Laylat-alQadr ini.
Kita masih lagi berada di bulan Amal, Qura’n dan Zikr.Jadi, tidak lain dan tidak bukan lagi amalan yang sepatutnya kita lakukan itu masih tetap sama seperti yang dilakukan di awal Ramadhan lalu,Cuma:

Aisyah radiALLAHuanha berkata: “ Nabi sallALLAHUalaihiwasallam berusaha (Memperbanyakkan) Ibadahnya di 10 hari terakhir Ramadhan lebih daripada hari-hari lain”

Dan di dalam hadith lain pula,
“Apabila masuk 10 hari terakhir Ramadhan,Nabi sallALLAHualaihiwasallam memperkuatkan ikatan perutnya dan membangunkan ahli keluarganya”

Ibadah dan Amalan di 10 Hari Terakhir RAMADHAN

1. I’tikaf:
Aisyah berkata:” Adalah Nabi sallALLAHUalaihiwasallam beri’tikaf di 10 hari terakhir hinggalao baginda wafat”

2. Ihya’ (Penghidupan) Malam:
Aisyah berkata lagi: “ Apabila masuk 10 hari terakhir Ramadhan, sallALLAHualaihiwasallam menghidupkan malamnya”

Syekh Utsaimin berkata: Dan zahir hadith ini memberi maksud, Nabi sallALLAHualaihiwasallam menghidupkan malam seluruhnya.

Namun, Aisyah berkata: “ Tidaklah aku tahu bahawa baginda berjaga(Hidupkan) malam itu seluruhnya sehingga pagi”

3. Membangunkan Ahli Keluarga:
Di dalam Muwattha’: “Adalah Umar bersolat pada waktu malam beberapa waktu yang ia kehendaki, lalu apabila sampai malam pada pertengahannya, dia membangunkan keluarganya SELURUHNYA untuk solat.”

4. Memburu Laylat al-Qadr
Nabi sallALLAHUalaihiwasallam bersabda: “ Burulah laylat al-Qadr di hari-hari GANJIL pada 10 malam terakhir Ramadhan”

Misi Utama = Memburu laylat al-Qadr
Ulama’ meringkaskan bahawa Laylat al-Qadr MUNGKIN akan jatuh pada malam GANJIL dan

Ulama’ juga mengatakan bahawa saban tahun, laylat al-Qadr itu berubah harinya.

Lalu, bagaimana kita hendak memastikan bahawa kita TERJAMIN akan Fadhilat laylat al-Qadr ini?
Ulama telah pun menjawab pertanyaan kita ini:

“Hendaklah ia memburunya pada setiap malam daripada 10 malam terakhir Ramadhan dan menghidupkan setiap malamnya untuk MENJAMIN kita akan Fadhilatnya dan untuk keluar dari Khilaf para ahli ilmu akan bilakah Laylat al-Qadr itu”
Ikhwah sekalian,
Beramallah pada setiap malam daripada 10 malam terakhir itu, seakan akan setiap malam itulah laylat al-Qadr.Kerana, ia sama sekali tidak akan merugikan bahkan menguntungkan kita sendiri kerana mungkin Allah sedang menguji keikhlasan diri kita.Sudah pasti, jika 10 malam terakhir itu kita hidupkan,dengan IKHLAS,dengan IKHLAS dan dengan IKHLAS, maka kebaikan Laylat al-Qadr itu insyALLAH sudah kita perolehi.


Kesalahan –kesalahan Pada 10 Hari Terakhir


1.Berasa lemah untuk Ibadah: Sepertimana yang kita lihat, berapa ramai orang yang amat DAHSYAT ibadahnya pada awal Ramadhan apabila tiba di penghujungnya,semakin berkurang minatnya dan semakin minatnya pada Hari Raya yang bakal menjelma.Maka, orang begini telah benar benar RUGI.

2. Menghidupkan Malam 27-Ramadhan SAHAJA: Fenomena yang sering kita lihat saban tahun ialah Masjid PASTI akan penuh pada malam tersebut SAHAJA.Sungguh,mereka telah ditipu Hawa Nafsu mereka sendiri.Kerana,laylat al-Qadr itu berubah saban tahun.

3. Tidak beri’tikaf

4. Membuang masa ketika beri’tikaf: Bersembang kosong di kebanyakan masa dsb.
Saudara sekalian,

Bulan apakah yang lebih mulia daripada Ramadhan?

Malam apakah yang lebih mulia daripada laylat al-Qadr?

Orang manakah yang lebih RUGI daripada orang yang dijauhkan daripada Fadhilat
Ramadhan?

Orang manakah yang lebih RUGI daripada orang yang dijauhkan daripada Fadhilat laylat al-Qadr?

Gelaran apakah yang paling sesuai digelarkan bagi orang yang sudah tahu akan FADHILAT Ramadhan dan Laylat al-Qadr, namun masih menyiakan ia?

Sungguh, ikhwah fiLLAH,

Cendekiawan boleh menjadi dungu, ahli ilmu boleh menjadi JAHIL, apabila mereka memperoleh ‘A’ di dalam mata pelajaran Matematik, namun apabila mereka disuruh mengira PAHALA dan GANJARAN ALLAH,mereka di sisi ALLAH, digredkan dengan gred ‘E” bahkan ‘F’.Mereka tidak dapat menilai, sungguh HATI mereka telah TERKUNCI daripada Rahmat ALLAH, maka orang manakah yang lebih TERUK daripada orang yang hatinya TERKUNCI daripada Rahmat Allah? WALLAHUlmusta’an.


Telah Hampir Tiba Waktu Perpisahan


2/3 Ramadhan telah pun berlalu, kekasih Sebulan ini sudah hampir meninggalkan kita.Sungguh tidak terasa, pantas sungguh kau ingin meninggalkan kami. Sungguh, kami masih belum merasa puas denganmu, Ramadhan. Namun, hakikat kehidupan setiap yang datang PASTI akan pergi.
Bersedihlah, kerana siapa tahu ini mungkin merupakan Ramadhan TERAKHIR kita.Menangislah,kerana siapa tahu Ramadhan kali ini,telah ALLAH taqdirkan menjadi yang terakhir bagi seluruh Alam.Tanyalah diri kita,apakah sudah cukup amalan yang sedia ada?
Apakah sudah boleh kita bersuka ria, bergelak ketawa bersama ahli keluarga kita?Apakah kita sudah yakin bahawa kita tidak memerlukan Laylat al-Qadr?
Jika begitu, maka lakukanlah apa yang kita rasa benar dan janganlah MENYESAL di hari yang tiada penyesalan.
Saudara, ALLAH masih Sayangkan kita.
Allah masih inginkan kita berada di dalam Syurga-Nya.
Pintu Taubat Ilahi sentiasa terbuka, hanya kita yang SOMBONG,BONGKAK dan TAKABBUR menyagka diri sudah sempurna.


Beringatlah saudara, ini mungkin Ramadhan kita yang terakhir!

Manfaatkanlah KLIMAKS yang bakal menjelma ini.Habiskan segala tenaga,hidupkan malam-mu,kejutkan ahli keluarga yang lain.
Kerana kita tidak mahu ke Syurga bersendirian sedangkan ahli keluarga yang lain sedang di-Azab di Neraka.
Mungkin ini sahaja yang mampu diberi sebagai peringatan buat diri sendiri.
Namun ingin dikongsi bersama agar tiada yang terlepas dari Fadhilatnya.Segala kekurangan,mohon diampun.Segala kritikan,amat dialu alukan.Moga kita tidak diLALAIkan oleh Hawa Nafsu untuk menghadapi KLIMAKS yang mungkin merupakan KLIMAKS terakhir kita.Silakan diedar,diulang cetak dsb untuk tujuan Dakwah.

Sebagai kata kata akhir,
Ingin diingatkan wahai Saudara,
Ingatlah, dan ketahuilah
Bahawa Kau & Aku, kita serupa, semua kita adalah HAMBA ALLAH,
Bukanlah kita HAMBA RAMADHAN, tetapi kita cuma KEKASIH RAMADHAN.
Buktikanlah bahawa dirimu itu Hamba Allah, dengan ISTIQAMAH.
Raya yang bakal menjelma, jangan dilekakan DUNIA,
Begitu juga pada bulan bulan seterusnya sehinggalah kita bertemu RAMADHAN kembali,
Atau kita bertemu Tuhan pencipta RAMADHAN buat pertama kali.
Beringatlah, salin ingat mengingatilah kita pada kebenaran.
InsyALLAH.


WALLAHua’lam.













Saudara, di sini ingin turut dilampirkan Jadual Ibadah untuk dimanfaatkan di 10 hari terakhir Ramadhan:

Sebelum Subuh:
-Tahajjud
-Bangunkan ahli keluarga
-Bersahur

Selepas Subuh:
-Sunat dua rakaat sebelum subuh
-Pergi awal untuk solat Subuh
-Sibukkan diri denganDoa, Quran,Zikr dsb ketika menunggu solat
-Membaca Zikir Pagi
-Duduk beribadah,berzikir dsb sehingga Syuruq.Lalu bersolat dua Rakaat Syuruq
-Dhuha
-Tidur setelah selesai segala di atas

Sebelum & Selepas Zuhur:
-Solat sunat 4 rakaat sebelum Zuhur
-Solat sunat 4 rakaat selepas Zuhur
-Berzikir, Tilawah Quran
-Berehat sebentar

Sebelum & Selepas Asar:
-Solat 4 rakaat sebelum Asar
-Mendengar Kuliah/Tazkirah di Masjid
-Bersedia untuk menjamu orang berbuka puasa
-Berdoa sebelum matahari terbenam
-Membaca Zikir Petang

Sebelum & Selepas Maghrib:
-Duduk berzikir & berdoa ketika menunggu waktu berbuka
-Mempercepatkan berbuka dan menjamu orang lain berbuka
-Duduk di Masjid sehingga waktu Isyak

Sebelum & Selepas Isyak:
-Solat terawih SEMPURNA bersama Imam
-Tidur awal dan bangun pada pertengahan malam sehingga Subuh

Semoga Jadual ini dapat diikuti semuanya kerana semuanya bersumberkan Rasulullah SallALLAHulaihiwasallam.

*Semuanya diambil dari Hadith Shahih.
Bagi sesiapa yang ingin melihat kepada Hadith, bolehlah meminta kepada mana mana Ustaz atau boleh datang terus kepada PSP.

WALLAHua’lam :)

Wednesday, August 25, 2010

Aku lebih Sayang ALLAH, Sayaaang

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatuLLAHiwabarakatuh.

Ehm Ehm,
Post kali ini lebih bersifat PERIBADI,
Maka, bagi siapa yang mungkin tidak SUKA, maka, jauhkanlah diri anda :)


020510-240810 :)

Kita bercinta kerana NAFSU, kita berpisah kerana ALLAH :)
Luarannya kita tiada apa apa, tapi dalamannya aku masih mengagumimu.

Bukan mudah untuk mengubah, payah lagi ingin BERUBAH.
Namun, apakah yang menyebabkan aku INGIN berubah?

Kerana,

"Aku lebih SAYANG-kan ALLAH, Sayang"

Bukan aku BENCI, bukan aku BOSAN, bahkan aku dalam keadaan SAYANG, KASIH.
Mungkin ramai akan berkata, Aku HIPOKRIT.
Tidak mengapa, cuma TUHAN yang tahu :)

Tapi, mungkin juga kata kata mereka itu benar, berdasarkan pengalaman.
Mereka sendiri tahu, berapa kali sudah aku berniat ingin BERUBAH.
Namun, aku kembali menjadi Aku yang DULU.
Iyaaa, memang benar.
Tohmahan ini akan aku jawab di post yang seterusnya, insyALLAH.

Sayang, tidak aku tinggalkan kau KECUALI kerana Aku TAKUT Zat yang menciptakan kau MURKA akanku.
Tidak aku berhenti menghubungi kau, kecuali kerana Aku TAKUT kau dan aku tidak akan di-BERKATI lagi oleh ALLAH.
Dan, Tidak juga aku tinggalkan dikau, kecuali dalam keadaan Aku BERDOA agar ALLAH memperhalalkan hubungan kita suatu hari nanti.

Kerana, kita berpisah kerana ALLAH, Sayang. :)

Mungkin saat ini, kau masih memarahi aku.
Tidak mengapa, lumrah kehidupan.

Namun, aku akan kau ucapkan Terima Kasih,
Di saat kau mengerti, asbab musabab aku melakukan ini.
Kau suatu hari nanti, pasti akan memahami.
Tidak dalam masa terdekat, pada masa kau sudah mempunyai Anak nanti.
Kau akan tahu bagaimana rasa seorang IBU, kau akan tahu bagaimana rasa seorang GURU, kerana itu cita citamu <3.

Ramai pasti tertanya-tanya,
Apakah ikhlas aku ini?
Sungguh, tidak aku sendiri mampu menjawab pertanyaan ini.
Kerana, ALLAH lah yang hanya tahu :)

Kalau dikata, mengapa perlu aku melakukan begitu?
Sungguh KEJAM.
Nescaya, tidaklah aku mampu menjawab pertanyaan itu.
Namun, Hari Akhirat kelak bakal mengganti aku, menjawab soalanmu itu :)

Aku hanya ingin menjadi, "Aku yang Menurut Perintah".
Perintah siapakah yang aku ikuti?
Perintah Zat yang memberikan kita PILIHAN, namun ramai antara kita yang tersilap membuat pilihan.
Perintah Zat yang memberikan Ni'mat, namun sedikit antara kita yang BERSYUKUR.
Perintah Zat yang memberikan kita peluang HIDUP, namun sedikit antara kita yang benar benar HIDUP.
Perintah Zat yang mengurniakan Ibu Bapa kepada Manusia, namun berapa ramai Manusia yang tahu menghormati.

Sahabat-sahabat lain yang ku Sayangi juga,
Tak aku ingin berubah sendirian, sepertimana tidak Aku ingin menuju ke Syurga sendirian.
Tak aku ingin kalian menjauhkan diri daripadaku, kerana aku juga seperti kalian.
Sungguh, Aku juga sudah cuba mencari keRINGANan, agar HUBUNGAN aku di-Halalkan.
Sungguh, jika semua KITAB kau TEROKAI sekalipun, tidak akan ada yang membenarkan HUBUNGAN seprtimana yang kita lakukan.
Sungguh, aku juga SUSAH ingin meninggalkan 'NI'MAT' yang kalian sedang hayati bahkan sampai saat ini.
Ketahuilah, Ni'mat yang kalian sedang nikmati ini SEBENARNYA bukan milik kalian.
Bahkan ianya milik orang KAFIR di dunia ini, TETAPI, bagi kita di AKHIRAT kelak :).

Sahabat,

'Cinta pada berlawanan JANTINA pasti akan berpisah, sepertimana ADAM berpisah dengan HAWA, sepertimana NYAWA berpisah daripada BADAN, sepertimana laut MASIN berpisah dengan laut TAWAR, NAMUN, terdapat satu cinta, iaitu, CINTA kepada yang tiada JANTINA, bukanlah LELAKI IA,bukan juga WANITA.Cinta Lelaki dan Wanita kepada si DIA, pasti tidak akan berpisah, kerana dia bukanlah LELAKI, bukan juga WANITA.Kau pasti takkan ditinggalkannya,kerana DIA bukanlah berlawanan jantina denganmu"
Ingatlah kata kata sahabatmu ini, :)

Pasti, ramai yang akan melabel aku dengan berbagai Labelan.
Namun, tidaklah aku takut.
Kerana, AKU BERANI memberitahu AIB-ku, demi untuk Para pembaca.
Tidak aku takut dipandang RENDAH selepas ini kerana aku pernah berCINTA.
Namun, aku akan lebih BERANI, kerana, AKU yang SEBENAR telah KEMBALI.
Aku, kembali SETIA kepada cinta ILLAHI.
Bersama kekuatan yang diperoleh daripada perubahan ini, Aku PASTI bangkit, memperbaharui UMMAH, bukan MEMPERKUCARKACIRKAN ummah ini :)

Allahuakbar, tangisan MALAM semalam, pada
1130 Malam, Malam ke-15 Ramadhan, 24 Ogos 2010.
Bukanlah tangisan SEDIH untuk meninggalkan DOSA,
Namun, tangisan itu TANGISAN Pengembalian aku,
Tangisan RINDU kepada NUR Ilahi, Tangisan menandakan PERUBAHAN aku sudah BERLAKU dan akan terus BERLAKU.
Tangisan kesyukuran, kerana masih ada BIDADARI seperti kamu.

WALLAHUA'LAM.
Akan disambung nanti,insyALLAH.

Assalamualaikum, :)

Thursday, August 19, 2010

Mungkin kerana kita terlalu sering memarahi,

Assalamualaikum,

Artikel ini mungkin akan dilabelkan orang sebagai berat sebelah dsb.

Artikel ini berkisar tentang SIFAT kita yang sering suka memarahi orang membabi buta.

Ketahuilah saudaraku sekalian,
Sifat MARAH memang telah ALLAH tanamkan di dalam hati setiap seorang daripada kita.
Namun, ALLAH juga telah memberikan contoh dan cara untuk mengawal marah pada diri Rasulullah.
Sungguh, ALLAH telah menjanjikan bagi setiap PENYAKIT itu ada PENAWAR nya.
Dan, penawar bagi MARAH adalah SABAR :)

Lisan mudah mengucap SABAR, namun hati SUSAH mahu menerimanya.

Saudaraku sekalian, bukanlah aku ingin mengajar kalian cara untuk mengawal marah.
Kerana sudah sering kali kita di MOTIVASI perihal MARAH ini.
Namun, niatku hanyalah ingin kalian PAHAM, ARIF tentang MARAH ini.

Contohnya,
Mudah sekali seorang Guru itu ingin memarahi anak muridnya,
Bahkan ia memang LAYAK untuk berbuat demikian.
Namun, ketahuilah, MARAH guru itu hanya boleh memuaskan NAFSU-nya.
Tidak lebih dari itu, tidak pelajar itu berubah.
Bahkan, ia akan MEMBERONTAK.


Seorang manusia,yang bergelar Daie,
Haruslah memikirkan kesan akibat sesuatu perlakuan yang ingin dilakukannya.

Mungkin kita pernah tertanya-tanya,
Mengapa dia benci kepada aku?
Kenapa dia degil?
Kenapa dia seperti tidak menghormati aku?

Tajuk artikel ini, itulah jawapan bagi semua soalan di atas.

Ikhwah fiLLAH,
Jangan disebabkan NAFSU kita sesat,
Jangan disebabkan NAFSU kita zalim,
Jangan disebabkan NAFSU kita binasa.

Ketahuilah, jikalau ALLAH taala suka akan PEMARAH,
Nescaya Rasulullah akan menjadi orang yang paling kuat marahnya.
ALLAH yang telah menciptakan manusia, dan DIA tahu akan sifat manusia ini.
ALLAH tahu bahawa manusia tidak suka dimarahi secara MEMBABI BUTA.

Namun, ALLAH juga tidak mengharamkan MARAH :)
Jadi, berpada pada lah dengan MARAH ini.
Sungguh, hati manusia itu bahkan lebih FRAGILE daripada kaca.
Jagalah HATI orang lain, agar hati kita turut dijaga.
Berwaspadalah, dan jika kita telah tersilap.
Mohon maaflah, jangan biarkan EGO mempengaruhi HATI. :)


*Artikel ini hanya sekadar ingin mengingatkan :)

Mungkin Kerana Kita Terlalu Sering Memarahi,

Thursday, August 12, 2010

Sijil terbaik ialah sijil jalanan,

Assalamualaikum, :)

Tajuk agak pelik, namun isi yang menarik insyALLAH.

"Sijil terbaik ialah sijil jalanan"
Sungguh telah benar kata kata ini.

Diploma, Degree dan sebagainya, jika dipelajari di Universiti Jalanan,
Maka sijil itulah sijil yang terbaik.

Mungkin orang ramai suka menyangkal FAKTA ini, tapi memang inilah yang sebenar benarnya pada ZAMAN ini :)

Orang yang Sosial-Fobia, ialah orang yang paling tidak tahu hakikat ZAMAN ini.

Aku dahulu, seorang yang begitu juga.
Namun tidak lagi kini, aku bebas bergaul dengan masyarakat sepertimana yang dituntut.

Sebuah kisah yang mungkin kita terlepas pandang, kisah ini berlaku pada Aku petang 2 Ramadhan 1431 tadi.

Aku menemani sahabatku pergi memotong rambut, di sebuah Unisex saloon di Ampang.
Hair stylistnya LELAKI, harganya RM10.
Ketika aku sedang bosan menunggu, aku terliaht sebuah kejadian yang amat mengagumkan.

Semua maklum, Pusat pusat Salun, Hair stylist wanitanya memang sudah cukup STYLE.
Pakainnya sahaja sudah boleh membatalkan puasa, SUNGGUH.
Namun, masih ada sesuatu perkara baik yang aku lihat, yang kadang kadang aku merasakan bahawa mereka ini lebih baik daripada orang orang yang baik.
Seorang stylist wanita, amat mengagumkan.
Seorang pengemis, kanak kanak kecil, mungkin seorang anak yatim lalu di hadapannya.
Dia pun merenung dan terus merenung kelibat kanak kanak kecil yang sungguh comel itu.
Lalu dipanggilnya ia, aku mula terkejut.
Aku menyangka bahawa si Wanita akan memarahi dan memaki hamun pengemis tersebut kerana berulang alik di hadapannya, namun TIDAK.
Dia memulakan bicara,
Adik, esok jumpa kakak ye, kakak nak belikan baju raya. Katanya.
Lalu disampuk seorang rakannya, dia tak faham Melayu.
Wanita tadi pun, bercakap dalam bahasa isyarat sambil menunjuk nunjuk baju yang dipakai pengemis tadi.
Lalu, terserlahlah kegembiraan di wajah Adik tadi, tersenyum lebar dia.
Sungguh, aku terharu melihat perbualan mereka.

Ya ALLAH, kau berilah Hidayah-Mu, dan masukkanlah Wanita tadi ke dalam Syurga-Mu kerana perbuatannya tadi, sepertimana kau masukkan ke Syurga, wanita yang banyak dosanya ke dalam Syurga-Mu, hanya kerana dia memberi minum air kepada Anjing. Ya ALLAH, sesungguhnya Adik pengemis itu lebih mulia daripada Anjing, dan Wanita itu nescaya telah melakukan sesuatu yang lebih mulia.Maka kau berilah dia Ganjaran yang setimpal. Amin Amin Amin :)

Mungkin kita akan berburuk sangka dengan mereka ini, golongan JALANAN.
Mereka berpakaian Seksi, berkerjaya yang tidak HALAL, lalu dengan pantas kita menghukum mereka bahawa mereka ini orang orang yang ROSAK AGAMA, SAMPAH MASYARAKAT!
Tidak semudah itu, wahai Ikhwah sekalian :)
Ingatlah kisah wanita yang dimasukkan Syurga kerana memberi minum seekor ANJING.
Sungguh, manusia ZAMAN ini telah ditipu Syaitan. Mereka menjauhkan diri daripada golongan ini, mereka JUMUD!
Mungkin, hati mereka ini lebih SUCI daripada hati hati kita wahai Sahabat.

Sungguh, telah benar bahawa, Sijil Terbaik Ialah Sijil Jalanan :)

Monday, August 9, 2010

Tanah Haram,

Assalamualaikum,

Cerita kali ini mungkin agak peribadi, namun tidak mengapalah :)

Malam tadi, ketika aku sedang makan makan bersama Keluarga di Kayu Restaurant.
Aku terdengar perbualan Ummi dan Abangku, aku pun menyampuk.

Rupa rupanya mereka sedang berbual tentang Program Rabithah Alam Islami.
Aku pun mula berminat dan terus bertanya tentang Program itu.
Rupanya, Prog itu merupakan program tahunan.
Prog itu, mereka menaja pembelajaran di Tanah Haram selama 10 bulan, seperti kursus begitu.
Aku mula TERTARIK, sangat tertarik.
Memang sudah jadi angan angan aku untuk belajar di situ,
Aku pun mendengar cerita Ummi, segala cara cara dan syarat aku teliti mendengar.
Pulang ke rumah, aku terus mencapai Telefon Ummi dan menelefon Ustaz yang memberitahu tentang Prog ini, untuk butiran lanjut.
Namun, aku dikecewakan, dia sedang sibuk.
Hati aku sudah mula celaru,gelabah.
Aku ingin cepat,
Kerana menurut Ummi, Tarikh Akhirnya ialah KHAMIS ini.

Aku mula menghubungi kenalan kenalan, untuk meminta TAZKIYYAH dan Surat Sokongan.

Namun, sekali lagi, kekecewaaan yang amat dahsyat aku hadapi.
Aku dimaklumkan oleh seorang sahabat, bahawa Permohonan utk Prog ini sudahpun tutup.
Sadis sekali, kegembiraan ku hanya berakhir buat sebentar sahaja. Kurang daripada 1 jam :(

Ku tidak ingin cerita panjang lebar.
Orang tidak tahu betapa aku ingin pergi ke sana, lebih daripada orang lain.
Aku merasakan bahawa Aku lebih layak untuk ke sana, bukannya orang orang kaya yang mampu ke sana hampir setiap tahun.
Sungguh, kekecewaaan paling dahsyat ku alami.

Tidak mengapa,
Wahai Tanah Haram, WALLAHI, WABILLAHi, WATALLAHI, akan aku jejakkan kakiku yang hina ini, jika aku mempunyai kemampuan :)

Kesimpulannya, mungkin Tanah Haram masih belum mahu menerima orang yang banyak berdosa ini .

Thursday, July 29, 2010

Sebelum Berpuasa,

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ [٢:١٨٣]
“Wahai orang-orang yang beriman, telah DIWAJIBKAN ke atas kamu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang orang sebelum kamu, agar kamu BERTAKWA”

Ramadhan, sering kali para Ustaz berceramah tentangnya. Namanya itu, lebih masyhur daripada para ustaz yang bercerita tentangnya. Timbul persoalan, siapakah RAMADHAN ini? Apakah yang menyebabkan ia disebut-sebut, di kenang kenang?
Ikhwah sekalian, ketahuilah sesungguhnya Ramadhan ini ialah suatu FENOMENA bagi orang yang beriman. Fenomena yang amat dirindui oleh orang beriman. Pada bulan inilah, sistem sistem sedia ada BERUBAH, malam yang dahulunya sunyi, kian riuh dengan ZikrulLAH. Siang siang yang dahulunya riuh dengan perkara perkara yang tidak berguna, kini ia masih lagi riuh, tetapi dengan Asma’ Allah.
Namun, FENOMENA ini, hanya berlaku dan terjadi kepada orang orang beriman SAHAJA. Zaman dimana RAMADHAN dianggap fenomena, dirindui, ditangisi sudah hanya tinggal kenangan. Ramadhan tidak lebih hanya sekadar bulan persiapan bagi menghadapi Syawwal.
Syair arab ini, mungkin boleh mengembalikan ‘MOOD’ Ramadhan kita:
“ Wahai jiwa –jiwa yang diselaputi dosa pada bulan Rejab,
Bahkan, pada bulan Sya’ban juga ia mahu bermaksiat kepada Tuhannya,
Sudah pasti, setelah kedua bulan itu berlalu akan membayangimu bulan Ramadhan,
Maka janganlah ia juga digelar Bulan Maksiat,
Bacalah al-Quran dan berzikirlah,
Kerana sesungguhnya ini bulan Quran dan Zikr”
Ikhwah fiLLAH,
Berapa ramai Sahabat kita yang bersama sama menyambut kedatangan Ramadhan pada tahun yang lalu, kian sudah meninggalkan kita?
Mungkin jawapan kita “Takda pun” Mungkin soalan ini lebih patut dijawab oleh golongan yang berfikiran begitu “ Apakah kamu tahu bila tiba ajalmu?” “Apakah amalanmu yang hanya menghafal quran itu CUKUP untuk melepaskan kakimu daripada dijerut NERAKA?!”
Fikirlah, sesungguhnya manusia itu dikurniakan AKAL, maka janganlah kita tergolong dalam golongan ini,
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
“Dan sesungguhnya, akan kami isikan Jahannam itu ramai dari kalangan Jin dan Manusia, mereka mempunyai Hati (Akal) tetapi tidak digunakan untuk memahami ayat-ayat Allah,dan bagi mereka mata,namun mereka tidak melihat dengannya,dan bagi mereka telinga, tetapi mereka tidak mendengar dengannya, mereka itulah seperti BINATANG,bahkan mereka itu lebih sesat, merekalah orang –orang yang lalai” (al_a’raf:179)
Sahabat, sungguh ALLAH telah menyediakan bagi antum Syurga dan Neraka. Dan ALLAH tidak hanya membiarkan kita terpinga-pinga mencari Syurga.Namun, Allah telah membekalkan kita dengan PELUANG-PELUANG yang banyak, antaranya, bulan RAMADHAN. Namun, untuk menghadapi bulan ini perlu PERSIAPAN yang rapi. Dan, lebih Afdhal jika Artikel ini dapat membantu antum dalam mempersiapkan diri bagi menghadapi Ramadhan.
Persiapan Pertama :
قالت عائشة رضي الله عنها : ما رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم استكمل صيام شهر إلا رمضان ، و ما رأيته أكثر صياماً منه في شعبان
“Aisyah berkata : Tidak pernah aku melihat Rasulullah sallaLLAHualaihiwasallam berpuasa sebulan penuh kecuali RAMADHAN, dan tidak pernah aku melihatnya berpuasa lebih banyak daripada Sya’ban”
Mempersiapkan diri kita dengan Puasa di bulan Sya’ban bakal membantu di bulan Ramadhan.Tubuh manusia tidak mampu menanggung perubahan drastik, begitu juga Akal dan Fikiran manusia.




Namun,
أنّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ( إذا انتصف شعبان فلا تصوموا)
Rasulullah sallaLLAHualaihiwasallam bersabda “ Jika telah sampai sya’ban pada pertengahannya, maka janganlah kamu berpuasa”
Larangan ini terjadi apabila pada awal bulan Sya’ban tidak dibiasakan berpuasa. Namun, jika seseorang itu telah pun biasa berpuasa pada awal Sya’ban, maka diharuskan baginya untuk meneruskan puasanya walaupun di pertengahan Sya’ban yang kedua.Namun, puasa Isnin dan Khamis tidak termasuk dalam larangan ini jika antum telah biasa berpuasa Isnin dan Khamis sebelum ini.
Mungkin sudah terlambat bagi yang masih belum mula berpuasa untuk berpuasa, namun masih banyak lagi amalan yang boleh dibuat seperti mula memperbanyakkan bacaan al-Quran dan beribadah lain.
Rasulullah sallaALLAHUalaihiwasallam pernah bersabda
“( خذوا من العمل ما تطيقون ، فإن الله لا يمل حتى تملوا )”
“Beramallah setakat apa yang kamu mampu, kerana Allah tidak pernah Jemu sehinggalah kamu yang Jemu”
Persiapan kedua :
Bertaubat kepada yang Maha Mencintai
(إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِين )
“Sesungguhnya, Allah amat menyukai orang orang yang bertaubat dan yang menyucikan diri” Albaqarah:222
Marilah kita berfikir sejenak, apakah kita akan membantu, menyayangi orang orang yang bebuat salah terhadap kita, namun tidak mahu meminta maaf, sama seperti cara kita membantu dan menyayangi orang-orang yang juga berbuat salah, namun mereka meminta maaf?
Maka, janganlah antum hairan mengapa Allah tidak menerima Doa antum. Jadi, bertaubat Nasuha sebelum tibanya Ramadhan itu amatlah diharuskan, agar Ramadhan kita nanti diberkatiNYA.
Moga artikel ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.Sungguh,bukanlah niatku untuk Takabbur. Namun, ini semua dilakukan demi Maslahat Ummah ini.Moga kita dapat bersiap siaga bagi mengahadapi FENOMENA ini.Segala silap dan salah,moga ditegur.Artikel ini boleh diubah suai,di cetak semula dan sebagainya bagi Tujuan Agama.WALLAHua’lam. Kalau artikel ini tidak dapat membantu antum,carilah inisiatif lain.Tetapi,janganlah leka dan lalai.Sungguh,Ramadhan tidak memerlukan kita,Tapi,kitalah yang amat memerlukan Ramadhan 

Buat Kekasih,

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Cinta itu seharusnya setia,

Tiada yang suka kekasihnya datang dan pergi,

Namun tidak bagiku,

Ketika kekasihku pergi...rindu,

Namun pabila ia kembali...tambah Sayang,

Kekasih sejati-ku Ramadhan, akhirnya kau kembali jua,

Aksara kata tidak mampu,

Menyifatkan rindu-ku padamu,

Allah...Hamba-MU ini tidak tahan lagi,

Suasana malam bersama kekasihku amat dirindu,

Sudah pasti, malamku akan lebih menarik denganmu di sisi,

Tidak lagi di atas katil,

Di atas tikar sejadah,aku berkhalwat,

Dengan harapan kau mendengar,

Oh Allah....

Sungguh ajaib kekasih yang kau kurniakan ini,

Sungguh, ia lebih ku tagih daripada harta dunia,

Kekasih yang merubah,

Yang boleh mengalirkan air mata para pencintanya,

Kekasih ini dikurniakan oleh Kekasih yang Agung,

Sebagai wasilah untuk bertemu Kekasih yang...

Hadiah-Nya, amat diperlukan para hamba-Nya,

Wajah-Nya itu.....ingin dilihat,

Terima kasih wahai Kekasih,

Kekasih sebulan yang Kau kurniakan ini,

Amatlah kami perlukan,

Pencinta Seni
280710 / 16071431

Friday, July 16, 2010

Nafsu, salahkah NAFSU?

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh :)

Tajuk yang akan dibawa pada hari ini agak BESAR dan DALAM maksudnya.
Namun, saya SEDAR bahawa insan ini bukanlah yang LAYAK untuk menulis tentang perkara ini.
Namun, saya sama sekali tidak pernah peduli akan perkara itu.
Saya yakin dengan ILMU saya yang sedikit, saya ingin sampaikan.

Allah taala sendiri, yang mencipta kita telah memberitahu bahawa NAFSU itu memang DIA ciptakan.
Dialah yang mencampakkan di dalam Jantung manusia, NAFSU.

Namun begitu, Nafsu yang bagaimanakah yang telah Allah campakkan itu?

Baik buruk NAFSU kita, bergantung pada diri kita sendiri.
Allah telah mengilhamkan Fujuraha wa Taqwaha.
Tugas kitalah untuk merukunkan nafsu kita ke arah keBAIKan, ini bukan salah ALLAH.
Ini salah MANUSIA itu sendiri, DURJANA sungguh manusia ini, sehingga sanggup dia menyalahkan TAKDIR, menyalahkan ALLAH secara tidak langsung.
Demi Allah, jikalau Muhammad Sallallahualaihiwasallam masih hidup, Ibrahim alaihissalam juga masih ada, nescaya akan DIPENGGAL leher manusia yang berkata begitu, dan adalah aku, TERMASUK di dalam Jalan atau Millah Ibrahim :)

Salahkah mempunyai NAFSU ini?
Jawapannya, TIDAK sama sekali.
Nafsu itu sendiri tidak bersalah,
Innakum Zalamtum Anfusakum, Kamu menzalimi diri kamu sendiri.

Setiap LELAKI SEJATI, mereka akan CENDERUNG kepada wanita dalam segala bentuk sepertimana yang Allah FITRAHKAN. Harus dibezakan FITRAH dan juga NAFSU.
Cenderung, minat, berasa TERANGSANG, TERGODA ,TERPESONA, ini ialah FITRAH manusia.
Ini ialah FITRAH, bukannya NAFSU.
Namun, FITRAH manusia, kalau disalah alurkan, maka di situlah NAFSU kita mengambil bahagian, pada masa itulah ia berperanan.
Jikalau NAFSU seseorang LELAKI itu baik, dia pasti akan TERANGSANG apabila melihat wanita, namun, ianya disalurkan ke Jalan yang benar, NIKAH.
Namun, jika nafsu yang Ammaratun bissu', dia akan MENDORONG sesorang itu berlaku maksiat, dengan mencari PELACUR dsb.

Kesimpulan daripada topik ringkas ini ialah,
Setiap orang mempunyai NAFSU,
dan jangan dilupakan JUGA, setiap orang melakukan KESILAPAN,
Allah sendiri tidak mengisytiharkan Perang terhadap HambaNYA yang tersilap, siapakah kita?

Saudaraku yang ku cintai, Jangan anda suka menghukum orang lain, kerana anda masih belum melalu apa yang dia lalui,ataupun anda masih tidak memahamai seperti apa yang dia pahami, dan HARUS anda ingat bahawa ALLAH itu Adil, hambaNya yang dikasihi, akan diUJI.
Ingatlah pesanan saya ini " Jangan anda disibukkan dengan memikir tentang NAFSU orang lain, kerana SEMUA dari anda mempunyai NAFSU, maka jagalah NAFSU kamu terlebih dahulu"
Mungkin SAHABAT anda diuji dengan Wanita, anda SIBUK memikirkan tentangnya, anda mengambil langkah langkah KARUT yang anda sangka bagus.
Anda pergi ke Keluarga, orang Atasan mereka bahawa mereka ini begini begini,
Namun anda tidak sedar, bahawa di situlah anda diUJI, kelemahan anda ialah anda suka MENGUMPAT, di situlah NAFSU anda cendorong.Sama seperti orang yang cendorong kps Wanita.
Kecondorongan itu bergantung pada diri amsing masing.

Akhirulkalam, Nabi sallallahualaihiwasallam pernah bersabda : Sebaik baik NAFSU ialah yang mengikuti jalan Islam ini. Au kama Qaaal.

Wallahua'lam.
Renungkan,
Wassalamualaikum, :)

Thursday, July 15, 2010

Hina sangatkah pembuat dosa ?

AssalamualaikumwarahmatuLLAHiwabarakatuh,
Moga pembaca semua di dalam Rahmat Illahi.

Hina, sebuah perkataan melayu yang boleh membawa maksud penghinaan dan juga boleh membawa maksud kelebihan.
Tetapi, apakah DEFINISI sebenar Hina ?
Siapakah yang berhak menghinakan seseorang ?

Kita terus ke perbincangan, Hina Sangatkah Pembuat Dosa ?

Saya mungkin tidak akan mengulasnya dari sudut agama, dalil dalil dsb.
Tetapi, ada soalan yang ingin saya kemukakan.

Adakah seorang pembuat dosa itu, dilucut Hak Hak nya?

Apakah sampai Salam nya tidak dijawab?
Sehinggakan MENGUMPAT itu tidak lagi berdosa jika yang diumpat itu dia?
Sehingga dia tidak lagi dianggap seperti manusia lain?

Inikaaah SIFAT dan AKHLAK orang yang memahami agama?
Inikah sepatutnya SIFAT seorang yang dipanggil Ustazah? Ustaz? Murabbi? Murabbiah?,
Teruk sekali situasi ini.

Dosa MENGUMPAT, TAJASSUS seakan akan sudah tiada.
Tak mengapa, inilah dunia.
Setiap orang berdosa dan bersalah,
tatapi tidak semua orang yang tahu apakah dosa dan kesalahan yang dia telah lakukan yang dianggapnya pahala dan kebaikan.

AstaghfiruLLAH.
Aku sendiri, aku juga manusia biasa.
Aku layak ditegur, aku ingin dipersalahkan.
Tetapi, aku tak sanggup melihat orang yang mengetahui kesalahan aku, disebabkan itu dia dicampakkan ke dalam Neraka. Kerana dia Mengumpat, Tajassus, dan yang paling MEMALUKAN bagi seorang Alim untuk melakukannya, Menyorokkan kesalahan aku,daripadaku, tetapi menghebohkannya ke serata dunia.


WALLAHUA'LAM : takda mood.

Wassalamualaikum,

Wednesday, June 23, 2010

Tahniah,

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Post baru ni tak ada kena mengena dgn post yang lepas,
post yang lepas insyALLAH akan disambung nanti.

Ehm Ehm,

Post ni nak ucap tahniah, SALUTATION, HONOR kepada :
Nik Ammar .
Haziq Hakimi .
Irman Azfar .
Imran .
Syahid .
Adam .
Azim .
Dan Banaaat sekalian .

Congratulations,
terutama Nik Ammar kerana dpt No 1.

Nampaknya niat kerajaan Abbasiyyah nak rampas kembali takhta telah musnah.
Mungkin selamanya tidak akan mampu, tapi tak mengapa.

I may not be the best leader , and Im so sorry.
I dont deserve it.
Sorry, aku dah tak boleh nak kekalkan takhta tu.
Aku bukanlah leader terbaik, aku dah cuba untuk jadi terbaik,
tapi aku tak mampu.
Ramai orang benci, aku tahu.
Ramai orang KEJI, KUTUK , MAKI , aku tahu.
Aku tahu aku EGO, aku tahu aku SOMBONG, aku tahu aku ZALIM.

Zaman aku dah TAMAT, aku dah LUPUT.

ABDULLAH ABBAS ABDUL HALIM , dah EXPIRED.

Aku dah hilang otak GELIGA, aku dah hilang SEGALANYA.
Puncanya, MAKSIAT yang berlebihan.

Aku boleh lepaskan segala jawatan, dan runtuhkan Empayar Abbasiyyah bila bila masa kalau korang mintak, serious.

Nasihat aku untuk korang, ITTAQU DUNIA WATTAQU NISA'!
Pemusnah, DESTROYER,KILLER!
Jangan terlibat dengan maksiat.
Jangan ikut jejak langkah orang yang terjebak dengan maksiat.

Koranglaaah harapan Agama, jadilah Mujahid!
Aku Sayang Korang FILLAH <3

Wassalamualaikum, :(

Monday, June 21, 2010

Abstrak @ Abstract,

Peperiksaan ataupun Exam ialah suatu perkara Abstrak, Fatamorgana,
Definisi SEBENAR bagi peperiksaan itu sebenarnya TIDAK wujud.
Perkara ini jelas kerana setiap orang mempunyai prinsip, definisi sendiri mengenai Peperiksaan.
Semuanya bergantung kepada ini, " You are what you read "
"Diri kamu ialah apa yang kamu baca "

Tetapi, di dalam dunia ini telah ALLAH ciptakan yang BENAR dan yang BATHIL.
Yang mana satukah antara definisi definisi dari pelbagai manusia, yang paling BENAR ?
Ini rahsianya, ini formulanya :

H=A&S

*H= Haqq
A=Alquran
S=Sunnah

Mudah sahaja Formulanya :-)

kesimpulannya, setiap definisi, asalkan ia menepati Al Quran dan Al Sunnah, dan tidak bercanggah dengannya, maka definisi itu ialah BENAR, HAQQ

Sebenarnya, apa yang ingin aku perkatakan, mengenai peperiksaan juga, namun ianya lebih kepada luahan perasaan, emosi.

Aku amat BENCI situasi peperiksaan, SERIOUSLY, I hate it.
Kenapaaa? Whyyy?
Aku benci juga diri aku ketika musim peperiksaan,
Aku seperti telah berubah, aku lain, aku bukan aku.
Sahabat lain juga tampak begitu,
tetapi yang membezakan kami ialah, Im Not Into Exams. But You Guys Do!
Tampak dengan jelas lagi, Semua orang bagai nak rak ketika musim peperiksaan,
Sanggup tak tidur malam, sanggup meluangkan lebih masa semata mata untuk peperiksaan.
Sungguh, aku amat kecewa dengan situasi seperti ini.
Apabila otak telah di Brainwash-ed dengan pemikiran pemikiran bathil, bahawa
PEPERIKSAAN = LIFE .
WALLAHULMUSTAA'N.

Syeikh Luqman Abdussalam pernah menasihati kami, agar tidak terpedaya dengan peperiksaan.
Aku rindu nasihatmu itu. Nasihat yang telah merubah diriku ini kepada yang lebih baik pada pandangan agama, namun lebih teruk pada pandangan ahlul hawa'.
Bermula pada tahun 2008, tahun dimana Empayar Abbasiyyah mula goyah.
Pada tahun itu, anjakan paradigma telah aku lakukan.
Tahun di mana, suatu FENOMENA besar melanda sekolah tercinta, dan juga Bumi Malaya ini.
Fenomena di mana, semua orang sudah mulai sedar akan Al-sunnah yang 'sebenar'.
Pada tahun inilah datangnya perubahan, aku berubah 180 darjah.
Aku yang cenderung kepada ilmu Akademik, bertukar kecenderungan aku terhadap ilmu Diniyyah.
Di sinilah aku mengerti maksud Kebahagiaan :-)

Pada pandangan orang, kejatuhan keputusan peperiksaan aku melambangkan bahawa aku sudah TERUK, HANCUR, JATUH. Namun tidak pada pandanganku dan orang orang yang berilmu, Aku merasakan diri ini lebih dekat dengan Allah, lebih pandai Berfikir, lebih Terbuka pemikiran aku. Inilah kebahagiaan, ilmu Agama :)

Tetapi, amat menyedihkan sekali, situasi zaman ini.
Ya Allah, teruk sungguh.

Hmm, Aku mungkin akan menyambung isu ini esok, InsyaRABBI.
WALLAHUA'lam.

Pencinta Seni,
Assalamualaikum warahmatuLLAHi Wabarakatuh :-)

Tuesday, June 15, 2010

Comeback ,

Assalamualaikum, :)
Afwan, dah berapa bulan tak post kan.
Bukan tak ada topic nak post, tapi paham paham jelah, kalau ada banyak sangat nak tulis, satu pun takkan jadi punya. HAHA.

Okay, kita start dengan isu Palestin dulu.

Kapal diserang, semua gelabah, macam lebah.
Apa nak jadi ? Orang Islam telah lemah, fikiran tak logik, tak futuristik!
Dah tahu Israel memang DILAKNAT, CELAKA, bukan manusia.
Kenapa nak layan diorang macam MANUSIA? Haaa?!
Berbagai organisasi, NGO atau yang ada kaitan dengan Kerajaan samada dalam ataupun luar negara semuanya telah bersatu mengutuk kekejaman Israel.
Tapi, apa hasilnya ?

Tiada yang berani, tiada yang bijak, semuanya penakut.
Kapal Mavi Marmara, tak bersenjata kerana mereka MENYANGKA (Sangkaan paling tidak logik) bahawa Israel tidak akan menyerang mereka.Mereka menyagka dengan sangkaan MANUSIA, sedangkan ISARAEL BUKAN MANUSIA. Bijakkah ini?
"Kau tak dapat menjangka sesuatu KAUM itu, sehingga kau pernah duduk bersama mereka"
Kita tidak pernah menjadi Bukan Manusia, tetapi ingin menjangka perbuatan golongan Bukan Manusia.
Lawak sekali, apa nak jadi.

Memang, aku tidak menafikan, mata ramai orang telah terbuka dengan perbuatan kejam ini.
Namun, apa tindakan seterusnya?
Aku, walaupun pelajaranku tidaklah setinggi mana dapat juga berfikir.
Satu satunya solusi ialah kembali pada Alquran dan Alsunnah wahai Manusia, wahai pemimpin sekalian!

فَإِذَا انْسَلَخَ الْأَشْهُرُ الْحُرُمُ فَاقْتُلُوا الْمُشْرِكِينَ حَيْثُ وَجَدْتُمُوهُمْ وَخُذُوهُمْ وَاحْصُرُوهُمْ وَاقْعُدُوا لَهُمْ كُلَّ مَرْصَدٍ ۚ فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ فَخَلُّوا سَبِيلَهُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ [٩:٥]
But when the forbidden months are past, then fight and slay the Pagans wherever ye find them, an seize them, beleaguer them, and lie in wait for them in every stratagem (of war); but if they repent, and establish regular prayers and practise regular charity, then open the way for them: for Allah is Oft-forgiving, Most Merciful.

Perintah Allah agar kita membunuh mereka ( Berperang ).
Inilah solusinya, mereka itu bukanlah manusia yang boleh kita berunding dengannya.
Mereka penuh dengan tipu daya,
Umat Islam telah lemah, gundah gulana hati mereka, mereka ditipu dunia, berpecah belah, ibarat buih buih di lautan yang tiada gunanya. Mereka menyalahkan pemimpin, sedangkan mereka yang memilih pemimpin !
Sepatutnya mereka pergi dalam keadaan bersedia untuk berperang, dan adalah orang yang paling tidak bijak jika pergi berperang tanpa SENJATA!

Satu fakta yang ramai kita melupakannya, ISRAEL TIDAK TAKUT PADA UGUTAN!
Tetapi, mereka takut MATI.Kisah Nabi Musa dgn bani Israil telah membuktikannya.

Manusia serata dunia berhimpun, penuh semangat, berkobar kobar hati mereka, BAGUS!
Tetapi, tidak cukup bagus kerana mereka sedang membuang masa.
Israel tidak makan dengan PROVOKASI, mereka tidak mudah MELENTING dengan PROVOKASI MURAHAN rakyat dunia.Kalaulah semua lelaki yang pergi berhimpun, berdemonstrasi itu benar benar LELAKI, buktikan dengan Jihad.Aku juga selalu pergi berdemonstrasi,Aku tahu , majoriti orang pergi untuk memuaskan NAFSU.Aku tahu, aku tahu.
Tapi, tidak mengapa, semangat itu yang kita mahu didik, cuma salurannya SALAH.
Rakyat Palestin memerlukan semangatmu itu! Ayuhlah, kita sekurang kurangnya BERSIAP SIAGA untuk Jihad, tanamkan niat, agar tidak mati dalam keadaan Nifaq. Nabi SAW bersabda : "Siapa yang mati dalam keadaan tidak pernah berjihad, atau berniat untuk pergi berjihad(Dengan bersungguh sungguh) maka matinya itu, mati NIFAQ"
Wal'iyadzubiLLAH.

Ayuh, tegapkan tubuh badanmu, latihlah dirimu, bina kekuatan diri dan jiwamu, kandangi nafsumu, empangi imanmu, berjihadlah di jalan yang Maha Satu, nescaya Firdausi menantimu :)

Allahuakbar, Allahuakbar , Allahuakbar!

Tuesday, March 30, 2010

Panas dan berapi,

Assalamualaikum,
Afwan, setelah sekian lama tak post,
hari ini tergerak hati ni nak menulis pula, dengan asakan nafsu amarah yang sedang panas,
aku cuba untuk meredakannya, agar post ni taklah GANAS sangat.
Tapi, WARNING, bagi yang tak tahan , jangan baca!

Aku nak buat STATEMENT harini,

Saya, Abdullah Abbas Abdul Halim , ingin menyatakan bahawa SMS yang didapati di telefon bimbit NZ itu bukanlah asalnya daripada saya sendiri. Saya merasakan bahawa saya tidak pernah menghantar message sebegitu. Namun, amat saya ingin memohon maaf SEKIRANYA message itu memang ASALnya daripada saya, dan ada bukti yang kukuh. Tetapi, saya tidak akan pernah menulis message sebegitu dalam keadaan SEDAR dan WARAS tetapi MUNGKIN jika di atas desakan Syaitan atau dalam keadaan tidak WARAS. WALLAHUTAALAA'LAM.

Wahai Orang yang menuduhku,
sudah lupakah kau dengan al-SUNNAH yang selama ini kau PEGANG, kau perjuangkan,
perbuatan ini bukanlah perbuatan ahlussunnah!
Menuduh atau ingin menyabitkan seseorang di atas sebuah kesalahan harus ada SAKSI dan juga BUKTI. Jikalau kita mengesyaki sesuatu kesalahan, baik didiamkan jikalau kita hanya MENGESYAKI. Tetapi, apa yang berlaku, SEBALIKNYA! . Antunna mengesyaki saya yang menghantar message yang berbaur LUCAH tersebut, tanpa SAKSI dan BUKTI yang kukuh, apakah ini?!! . Inikah Ahlussunnah?! Atau ahlulhawa' kah ini?! Ini SUDAH pastinya amalan ahlulahawa', yang bertindak mengikut EMOSI, HAWA NAFSU. Mungkin anda bertindak begini kerana KES ini ada kaitannya dengan anda, anda ingin menyabitkan orang lain sekali, ingin mengAIBkan nama baik orang lain sekali, BEGITU?!!
Sudahlah, sudahlah, hentikan segala perbuatan ahlulhawa' ini.
Kerana org yg mengikut ahlulhawa' ini selalunya akan rugi, dan memang pastinya akan rugi di akhirat kelak.
Aib, bercakap tentang aib, teringat akan sebuah hadith yang ku pelajari di sekolah ini juga.
'Barangsiapa yg menyorokkan AIB temannya di dunia, ALLAH akan menyembunyikan aibnya dia akhirat kelak, Namun, barangsiapa yang membuka AIB temannya di dunia, ALLAH akan membuka aibnya di akhirat' Aukamaqaala SALLALLAHUALAIHIWASALLAM.
Ini ialah AIB, aib orang yg melakukan kesalahan itu, apa perlu disebarkan ke serata dunia?!
Kasihanilah, beringatlah! . Sudahlah dengan DOSA menuduh, ini pula ditambah dengan menyebarkan AIB!
AstaghfiruLLAHalazim.
Dosa ketiga pula ialah MENGUMPAT,
ini dikira sebagai mengumpat, bercakap dengan orang lain tentangku dalam keadaan aku tidak suka jika perkara itu dibincangkan.
Sudahlah menuduhku, tidak pula memanggilku untuk membela diri, bercakap-cakap tentangku di hadapan orang lain, tanpa AKU ketahui. Inikah cara yang diajar oleh nabi?
Inikah Wajah sebenar orang-orang yang kukagumi sebelum ini?
Allah, inikah sebenarnya mereka?
Hatiku bergetar seketika memikirkan, apakah ini GANJARAN yang diberikan.
Setelah CINTA ku curahkan, inilah ganjaran.

Sungguh, aku tidak ingin bercakap mengenai ini jikalau tidak kerana Ummiku ingin menuukarku ke sekolah yang lain, TIDAK sama sekali kerana MARAH,kerana DENDAM, kerana NAFSU yang kuat. TIDAK! WALLAHI tidak!
Jikalau ummiku tidak berniat ingin menukarku ke sekolah yang lain, mungkin akan ku biarkan sahaja TUDUHAN ini, sepertimana yang dilakukan para SALAFUSSALIH.
Orang bertanya, kenapa tidak aku boleh mendiamkan diri sepertimana SALAFUSSALIH,
Afwan, keadaan ini berbeza. Aku masih memerlukan Ilmu di GEDUNG ilmu yang TERBAIK ini.
Aku CINTAKAN madrasah tarbiyah sekolah ku ini. Walaupun aku nampak seperti TIDAK.
Antum semua tahu siapa aku yang sebenarnya, AKU yang sebenar ialah AKU yang di SEKOLAH, di RUMAH, dan di MANA-MANA sahaja.
Afwan, mungkin agak kurang sopan perkataanku.
Namun, uhibbukum fiLLAHitaala.

Tuesday, January 5, 2010

Menyedihkan,

Assalamua'laikum,
hari ini, tanggal 05 januari 2010, bermulanya persekolahan sesi 2010,
walaupun sekolah kami bersekolah lewat sehari, namun situasinya tetap sama.
Seperti biasa, aku asyik dipersalahkan kerana lambat, mereka kata aku mandi lama,
aku mengambil hak mereka, inilah perkataan yang amat ku benci, namun tidak pernah sekalipun aku membantah mereka walaupun aku ada hujah untuk membantah, inilah yang dinamakan kaedah "assuqut a'la ilm", berdiam dalam ketahuan. Walaupun kita tahu yang benar, namun kadang-kadang senyap itulah yang terbaik daripada membela diri, terutamanya ketika berhadapan dengan ibu bapa, senyap sahaja lebih baik pada sesetengah waktu.

kami sampai ke sekolah tepat pada jam 8 pagi,
aku terus ke dewan untuk menghadiri perhimpunan, penuh, sesak, dengan suara riuh kanak-kanak yang dinamakan "ribena". ucapan alu aluan oleh Ust Hamdin, namun ianya kurang menarik perhatian kanak-kanak kerana isinya terlalu tinggi. Tapi, tidak mengapa, mungkin ada faedah yang diperoleh,InsyALLAH. Majlis diteruskan dengan bacaan al-qura'n oleh ust. Salahuddin, suara yang merdu, sebak seketika hati ini. Kelihatan 2 orang guru menangis mendengarnya. Aku sebak ketika ayat tentang pemuda kahfi dibacakan.Program diteruskan dengan tadabbur ayat oleh ust.Hamdin dan diikuti oleh kata-kata oleh pengetua sekolah, ust.Shikin. Tamat perhimpunan, waktu untuk berehat, ada ibu bapa yang datang membawa makanan, ada yang tidak. Namun, pelbagai karenah yang ku lihat, anih, seronok, kelakar pun ada.Selepas rehat, waktu untuk hafazan, seperti biasa, ust Mokhtar akan bertanya tentang hafazan di waktu cuti, taaruf dan sebagainya.

Setelah itu, sesi bersama ustaz pun tiba, ust hamdin memberi kata2 aluan, diikuti dengan ceramah berkaitan "Akhlak dan Undang-undang Sekolah", ust Luqman menceritakan tentang azam / goals di dalam bahasa arab dan inggeris. Lalu dia bercakap tentang tajuknya, dia tidak menghuraikan panjang, dia cuma mengatakan bahawa kita hanya perlu ikut undang2 sekolah yang betul, itu sahaja, lalu dia terus bercerita tentang akhlak dengan panjang lebar, sungguh terasa hatiku, akhlak yg pertama, bercakap benar dengan sesiapa pun terutama guru di sekolah, yang kedua ialah beradab dengan guru, harus dtg awal daripada guru, itu semua memang menyentuh hati aku, kerana aku pernah dinasihati oleh beliau, sama sahaja nasihatnya, memang aku terasa, menangis sebentar hati ini. Namun tidak mengapa,aku telah pun berubah.
setelah tamat, makan dan solat zuhur, lain sekali situasi nya, berbeza, aku kini lebih berbeza dari dulu, lebih matang mungkin.

sesi ke-3 dimulakan dengan kata2 alauan oleh ust hamdin lagi, dia bertanya soalan -soalan berkaitan ceramah ust Luqman tadi. Lalu disambung dengan penulisan matlamat,
masa diberi ialah 30 minit, aku dan rakan-rakan lain tidak memahami arahan, kerana arahan yang diberikan ialah tulis matlamat sekolah di sini, namun usulan tidak dibenarkan,
kami pun bingung sebentar, bertanya kepada ustaz, namun soalan kami tidak diendah, lalu ust hamdin pun mengeluarkan helaian kertas lalu ditunjukkan kepada kami semua, dia pun berkata, macam nilah yang antum kena buat, ini yang abbas buat sebelum dia pergi ke bandung haritu, 3 muka surat dia boleh buat, tapi ust masih tunggu lagi hasilnya kepada abbas ni, InsyALLAH,abbas sorang je yang sahut cabaran sekolah untuk menulis, bagus dia ni, tulisannya juga bagus. Dia tak tahu yang kami semua menangis-nangis baca dia punya tulisan ni, kami semua risau je, takut2 dia dah x balik nanti daripada bandung, alhamduliLLAH dia dah balik, ustaz simpan lagi kertas ni, ustaz baca setiap malam. HUH, begitulah kata2 ustaz, aku yang malu tak henti-henti menghalang ustaz menyambung cerita, namun aku gagal, kawan2 lain lebih menghangatkan situasi, memuji2 aku, malu gilaaaaaaa. Rupanya itu ialah tulisan aku yang aku buat 1 jam sebelum aku bergerak untuk ke bandung, sedih gila mendengar. Aku pun malu, rupa2 nya aku dah dipandang lain oleh ustaz2 dan pelajar2 lain, ust.Irfan yg tidak dapat membaca meminta kepada ust hamdin untuk dibaca. Hati kecil aku pun bergetar, inilah tanggungjwab yang besar, orang sudah tahu aku dengan NAMA yang BAIK, amat berat untuk mengekalkan nama baik ini. Aku pun bertambah semangat untuk mengubah diri aku, sepertimana azamku untuk tahun ini. Setelah sesi itu, sesi bersama guru kelas masing2 pun bermula, guru kelas ku ialah Ustazah Shikin,pengetua sekolah.Perkara pertama yg dibincang ialah perlantikan ketua kelas yang baru, seluruh kelas menyebut namaku, namun aku menolak dan ustazah menyokong supaya org lain yang mengganti jawatan yang telah lama aku pegang itu, sejak dari awal aku masuk lagi, akulah ketua kelas. Namun, kami pun bersetuju untuk mengundi, Undi punya Undi, AKU lah yang terpilih, aduhhhhh. Sekali lagi? Tanggungjawab lagi?
alamak, habislah aku. Namun hati kecil ku berbisik, tidak mengapa, inilah peluang untuk dapat pahala, jadi pemimpin ada 2 kemungkinan besar, dapat syurga, dapat neraka,
Aku pun bersetuju, lalu aku terus memikirkan langkah2 awal untuk aku merubah mereka, kerana akulah pemimpin mereka, sungguh berat, tapi aku sanggup. Aku bercadang untuk menggunakan kaedah yang telah lama aku fikirkan untuk dilakukan kepada bakal-bakal penuntut sekolah harapan ku. Aku ingin cuba formula itu dahulu, semoga berjaya insyALLAH.
Aku menangis sekali lagi di dalam hati, ketika ust shikin berkata, pemimpin itu harus menunjukkan contoh yg baik, pakainnya, dll nya.
Aku amatlah terkesan dengan kata2nya, kerana selama ini aku ialah pemimpin kelas aku, namun tiada apa yang aku lakukan, ADUh, berapa banyakkah dosaku?, astaghfiruLLAH.
ust Shikin juga memperkatakan tentang nikmat ALLAH.

Banyak lagi cerita yang aku ingin kongsikan, namun, tidak mengapa, aku berhenti di sini,
muga dapat faedah, INSYALLAH.

wassalam, :)