Sunday, February 27, 2011

Syukran, :)

BismilLahirrahmanirrahim,

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, :)

Sudah lama sekali tidak aku menulis, bahkan membuka blog tulisan aku ini. Rindu rasanya,kali terkahir ialah ketika aku di Yemen, sekarang sudah genap sebulan aku pulang. Dengan perasaan hiba, meninggalkan Yemen tercinta, aku menulis bukan untuk mencela tetapi untuk berkarya agar suatu hari ketika matang nanti, akan aku kenangi peristiwa peristiwa di zaman ketidakkematangan aku ini, insyaAllah :)
Pasti akan menjadi menarik, pabila hari tua nanti menceritakan kepada anak cucu tentang perkara yang berlaku dan dilakukan ketika hari muda ku. Walaupun kritikan aku terima, aku mengaku ada sedikit menenggelamkan minat menulis aku namun tidak sedikit pun melunturkan semangat aku :)
Moga segala tulisan aku dilihat dari sudut positif dan segala kritikan yang diberikan aku lihat dari sudut positif juga, Amin.

Syukran membawa maksud Terima Kasih, atau sebagai tanda kesyukuran di dalam bahasa Melayu.

Tujuan tajuk ini dipilih ialah untuk menyatakan tanda kesyukuran aku terhadap pihak atasan sekolah kerana telah memberikan kebenaran serta dorongan untuk aku pergi merantau mencari PENGALAMAN di negara orang :)
Ucapan JAZAKUMULLAHUKHAIRANKATHIRA aku ucapkan kepada semua pihak atasan sekolah. Alhamdulillah, sebelum keberangkatan aku ketika di Lapangan Terbang aku telah meniatkan serta mendoakan agar setiap amalan baik dan juga pahala yang aku lakukan di Yemen, ada bahagiannya bagi 1. Ibu bapaku 2. Adik beradik 3. Guru guru dan juga pihak sekolah. Ini kerana merekalah yang telah mempermudahkan dan membuka jalan buatku untuk menimba pengalaman di sana, sekaligus mengubah diriku. Amalan baik aku yang seidkit ini moga moga diterima Allah.

Banyak ingin aku cerita dan tulis tentang keadaan di Yemen, buku yang aku tulis di Yemen nampaknya tergendala dek kerana ketiadaan 'mood' yang ada di sana, Allahuakbar. Moga aku diberikan kekuatan oleh Allah untuk menyiapkan baki 30% buku tersebut, Amin :)
Aku akhiri post kali ini dengan kalimah Alhamdulillah.

Saturday, January 29, 2011

Jawatan,

Jawatan itu, pernah aku miliki
Jawatan itu,pernah aku kagumi
Jawatan itu,pernah aku cintai
Jawatan itu,pernah aku nodai
Semua tentang jawatan itu,mimpi

Pernah aku impi,
Tuk jadi seperti ini,
Punya jawatan di sisi,
Tapi semuanya,tidak lagi kini

Kini,tidak mahu lagi
Punya jawatan seperti menteri,
Ampunan Tuhan, aku mencari,
Setelah jawatan,merosakkan diri

Pencinta Seni,
Yemen.

Kalau kau tanya,
Ada apa pada jawatan,
Jawapanku mudah,
Ada Syurga ada juga Neraka,

Teman,bukan aku tidak layak,
Atau cuba melarikan diri,
Sungguh tidak sama sekali,
Kerna pejuang itu,harus mati
Aku berani,jangan kau cabari
Kalau terpaksa juga aku lalui jalan ini,
Akan ku rentasi,penuh jati diri,
Sampai kau tahu nilai seorang Ketua,
Sampai kau tahu siapa dia Sang Ketua sebenar!
Aku, aku yang bermimpi,
Akulah dia, jangan kau cabari!

Tuesday, October 26, 2010

Ukhuwwah lebih utama, (:

BismiLLAHirrahmanirrahim,

Assalamualaikum,
Sahabat pembaca sekalian.

Ternyata Aulawiyyat itu sudah tidak lagi dipedulikan.
Masalah besar dipandang remeh dan kecil, sementara masalah kecil diagung agungkan :)

Apabila bertemu Ukhuwwah dengan Peraturan,
Ternyata Ukhuwwah diabaikan.

Ingatlah akan kisah yang berlaku di Negeri Mesir,
Ketika para jemaah dalam sebuah Masjid bertelingkah dalam perkara Solat (Kalau tidak silap), berhari tidak bertegur sapa, benci di antara satu sama lain, bertumbuk dan sebagainya selama beberapa hari akan sebuah masalah,
Lalu, pabila tiba hari di mana mereka diajar oleh seorang Ustaz,
Mereka dengan lajunya bertanya kepada Sang Ustaz, mereka saling bertelingkah di hadapan Sang Ustaz, lalu Sang Ustaz pun memberikan jawapan.
Ternyata pihak yang di pihak benar pun mengecil-ngecilkan pihak yang salah.
Berterusanlah mereka bergaduh sedang Sang Ustaz duduk di hadapan mereka,
Lalu beliau memulakan bicara "IttaquLLAH!" (Taqwalah kepada ALLAH), lantas berkata lagi, "Antum bertelingkah di atas suatu perkara yang Furu', yang di mana tidak ALLAH Syariatkan(wajibkan), sedang Antum lupa akan Ukhuwwah Islamiyyah yang telah ternyata WAJIB di dalam AlQuran dan AlSunnah, ternyata Antum masih belum Faqih dalam Aulawiyyat"
Lalu, menangislah para jemaah Masjid, dan mereka berakhir dengan bersalam salaman dan memohon maaf.
Sang Ustaz yang berjaya menyatukan hati hati mereka penduduk mesir ini ialah, Imam Hassan al-Banna (:

Lihatlah bagaimana Ummat zaman ini amat memerlukan Mujaddid seperti beliau.
Masalah yang sama, cuma situasi dan keadaan yang berbeza.
Ummat Islam tidak dapat menyelamatkan Ukhuwwah daripada terpelihara, kerana masing masing menyatakan bahawa mereka BENAR, mereka menjaga PRINSIP mereka dan mengabaikan KEWAJIPAN mereka.

Situasi ini ku lihat berlaku di Institusi Institusi Islam sendiri.

Ikhwah fiLLAH,
Seakan akan sekarang ini ku lihat,
Guru vs Anak Murid, dan Ibu Bapa vs Guru.
Sang Guru ingin anak muridnya menurut perintah dan peraturan, PRINSIP yang benar.
Sang Anak Murid pula menyangka bahawa ilmunya lebih, lalu membantah cara PERATURAN dan PERINTAH dijalankan, PRINSIP mereka juga benar.
Sang Ibu Bapa ingin pihak Sekolah bertoleransi dan mematuhi hak hak manusia, hak PRIVASI mereka, ternyata mereka juga BENAR.

Tetapi, di sisi ALLAH,
Semua kita SALAH, semua kita SOMBONG, semua kita BONGKAK, TAKABBUR.
AstaghfiruLLAH,
Rupa rupanya kita semua sedang bersalah di sisi ALLAH, walaupun kita betul dan benar di sebelah SISI lagi.
Prinsip, perlu kita JAGA dan PERJUANGKAN, memang benar.
Namun, ada yang lebih UTAMA, iaitu UKHUWWAH (:
Dengan Ukhuwwah, akan berjalanlah DAKWAH.
Tanpa Ukhuwwah, segala Dakwah yang berbentuk NASIHAT dan TEGURAN tidak akan dilayan, bahkan diCEMUH kerana Ukhuwwah itu tiada.

Binalah Ukhuwwah, agar prinsip kita terBELA, jagalah Ukhuwwah.
Sesungguhnya, jika ingin dilihat TAHAP dan NILAI ukhuwwah kita dengan seseorang,
Lihatlah apabila masalah timbul, adakah dia akan mendahulukan UKHUWWAH.

Marilah kita mencari jalan penyelesaian,
Tak guna bergaduh berkelahi sesama Saudara.
Sungguh, lebih banyak masalah UTAMA yang perlu diperdebatkan dan digaduhkan.
Moga kita dikurniakan UKHUWWAH yang Mubarakah dan dihancurkan PENGKHIANAT PENGKHIANAT dan PEMUSNAH PEMUSNAH Ukhuwwah ini.
ALLAHUAKBAR!

Thursday, October 21, 2010

Tak tahan lagi,

BismilLAHirrahmanirrahim,
Assalamualaikum :)

Abah,Ummi,Guru,Ustaz,Ustazah,Sahabat,
Aku, tak tahan lagi.

Kepada yang berkenaan:

'Maafkan aku, maafkan aku maafkan aku,
"Sesungguhnya kemaafan itu lebih dekat dengan TAQWA"
Aku mengaku bersalah, membawa Telefon Bimbit ke Sekolah, dan niatku untuk mengatakan yang perbuatan membuka Bag seseorang tanpa keberadaanya dan keredhaanya itu merupakan sesuatu yang bercanggah dengan Sunnah bukanlah untuk mengatakan bahawa aku tidak bersalah dan antum yang bersalah. Tidak sama sekali! Tetapi, niatku hanya Allah yang tahu.
Tetapi, amat hairan sekali aku, kerana Sekolah yang aku cintai ini, sudah lagi tidak menerima teguran.
Aku sedar ilmu ku cetek, tak bagai para Ustaz-ustaz muda yang disanjungi itu.
Aku sedar aku hanyalah seorang pelajar yang hanya perlu ikut membabi buta segala ajaran.
Sungguh tidak boleh aku sorokkan lagi perasaan ini,
Ingin aku nyatakan dengan sejujur jujur hati,

Sekolah yang aku sayangi, sungguh dirimu telah BERUBAH :)

Perkara ini dirasakan semenjak pemergian dua orang tokoh: U. Abdul Muein dan U. Luqman.
Dua orang tokoh yang berpengalaman, matang dan berjiwa dewasa,
Mereka mendidik kami dengan akal, mereka berfikir.
Kerana mereka telah melalui zaman kami, dan mereka juga mempunyai keluarga.
Mereka sangatlah berpengalaman dalam menjadi Ibubapa, bukan hanya pada TEORI nya sahaja.


Luahan hati ini, tak siapa peduli.
Sehingga saat ini, tidak sanggup ku tahannya lagi.

Depan ibarat MALAIKAT, sebaliknya terpakai topeng Syaitan.
Kata kata ini ditujukan kepadaku, apa pernah aku mengadu?
Menghancurkan agama dengan agama, mempermainkan agama dan sebagainya,
Semua kata kata perlian ditujukan, ada pernah aku kecewa?

Tolonglah, jangan perpanjangkan perkara yang pendek.
Sekecil kecil Telefon Bimbit boleh mengakibatkan perbincangan panjang lebar seperti apa yang aku lihat sepanjang minggu ini?
Masalah ummat yang berjuta kali ganda lebih besar, ada pernah antum terfikir?
Sudahlah, tak sanggup lagi aku berada di dalam dosa ini.
Aku bersalah,aku mengaku.

Tolong jangan biarkan aku benci dan marah kepada satu satunya Sekolah yang pernah aku kagumi.

Afwan, agak Emosional sedikit.
Jujurnya, aku perlukan DAMAI :)
Berdamai, the best way to treat problems.
Aku ingin seperti dulu,
Tolong maafkan aku, lupakan kisah buruk ini.
Mohon maaf wahai Sekolah ku,
Iloveyou.

Sunday, August 29, 2010

Aku bukannya MALAIKAT,

Ummi, Abah, Cikgu, Teman, Rindu,

Anakmu, Anak muridmu, Sahabatmu, Rindumu,
Seorang manusia biasa.

Aku melakukan kesalahan dan aku melakukan kesilapan,
Aku melakukan maksiat dan keinkaran,
Aku berdosa dan berdosa.

Aku tahu ramai yang tidak YAKIN denganku,
Ramai yang tidak percaya padaku,
Yea, memang aku tak mampu BERUBAH, memang aku tak mampu menjadi SOLEH,
Jikalau TANPA pertolongan TUHANKU.
Jangan kalian mempertikaikan niat seseorang untuk berubah,
Jangan sesekali,
Kerana SUNGGUH dia itu bahkan lebih mulia dari kalian,
Kerana walaupun dia tahu dia tidak mampu, namun dia TETAP mencuba.

Manusia,
Aku seorang manusia Ummi,
Anakmu seorang MANUSIA,
Pelajarmu seorang MANUSIA, Cikgu
Aku seorang MANUSIA, Sahabat.

Tidakkah kalian ingat HAKIKAT manusiaaa?
Berbuat KESILAPAN perkara biasa,
Namun yang membezakan manusia ialah,
Nilai TAQWA yang berbeza,
Kapan kerapkah dia BERTAUBAT, itulah yang membezakan KITA.

Imanku, iman MANUSIA,
Sungguh bukan Imanku, imannya para MALAIKAT :)

Imannya MANUSIA itu = Naik dan Turun

Imannya MALAIKAT itu = Tetap

Pahamilah situasiku ini,
Aku ini MANUSIA, sama seperti kalian,
Cuma, Aku ini tidaklah seKUAT kalian,
Kalian mampu melakukan, tidak semestinya aku.

Aku bukannya Malaikat, :)Aku

Friday, August 27, 2010

Cinta, kau ingin pergi jua :'(

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Cinta, pabila kau datang dulu,

Ku tulis buatmu sajak rindu,

Terasa baru seminggu ku berbuat begitu,

Kini,kau sudah mahu pergi meninggalkanku,

Dan kini,aku menulis buatmu sajak pilu,

Harus ku tahan rindu,mengharungi bulan bulan mendatang tanpa kamu,

Sedih,pilu,hiba siapa yang tahu,

Saat kau dan aku,

Bersama mengagungkan Pencipta-mu,

Kini,hanya aku

Tak ku sangka kau begitu cepat ingin meninggalkanku,

Ramadhan,cintaku,

Cintaku padamu,ketagih sungguh dirimu,

Ku dahagakan Kasih Sayangmu,

Ramadhan kekasihku,

Telah rugi orang yang tidak mencintaimu,

Dicintanya dunia,bukan kamu

Sedangkan kau telah datang padanya,dianggapnya debu,

Celaka dan celaka dan celakalah,orang yang pabila kau berlalu,

Tidak dia diampunkan dosanya bagai bayi yang baru,

Sungguh, jangan KAU golongkan aku dalam golongan itu wahai Tuhan pencipta Rindu,

Sungguh,aku tidak mampu,

Menanggung neraka, rumah dan tempat tinggal orang yang tidak diampunkan olehMU,

Sayu hatiku, pilu , kaku anggotaku,

Saat mendengar Takbir Raya, Adik kepadamu

Bulan di mana, musuh musuh laju ,tidak lagi dibelenggu

Bulan di mana,Rumah Tuhan-mu kembali berdebu,

Ditinggal menjadi balu,

Oleh manusia berhati batu,

Insaf mereka Palsu dan Palsu,

Sungguh,jangan KAU golongkan aku bersama orang yang Palsu,

Ke atas KAUlah urusanku,

Kau jualah yang tahu, rindu,pilu, sayu hatiku,

Akan Ramadhan, Cinta Wasilah-ku, untuk menuju,

WAJAH,ZAT yang sebenar benarnya aku rindu,

Ramadhan, kau rinduku,kasihku,cintaku,

Jangan kau tinggalkan aku bertepuk sebelah tanganku,

Terimalah Cinta yang telah ku curahkan selama ini Ya Allah,

Kepada engkaulah,kembalinya segala rindu dan pilu.











PENCINTA SENI
270810
17 Cinta 1431
Diariabbas.blogspot.com

Klimaks Ramadhan,

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

AssalamualaikumwarahmatuLLAHiwabarakatuh,

“Setiap yang datang pasti akan pergi, dan setiap yang akan datang itu dekat”

Ramadhan yang datang pasti akan pergi, dan AJAL yang akan datang itu dekat.

Setiap perkara pasti ada kemuncaknya, dan bagi Ramadhan itu KLIMAKS-nya sendiri.Iaitu pada 10 hari terakhir Ramadhan.Ramai manusian menjadikan 1/3 awal ramadhan itu sebagai KLIMAKS-nya, begitu kita lihat, Masjid dan Surau, dibanjiri dengan manusia.Tetapi,apabila tiba KLIMAKS sebenar Ramadhan, mereka berpaling pula, membanjiri lebuhraya lebuhraya untuk pulang ke Kampung.Sungguh rugi orang yang diRUGIkan daripada Fadhilat KLIMAKS Ramadhan.Bahkan, ada sekelompok manusia lagi yang bersuka ria dengan kehadiran Hari Raya sedangkan pada dasarnya dia sama sekali tidak LAYAK untuk merayakan hari Raya umat Islam.


Saudara, berapa ramai orang yang berlalu 2/3 Ramadhan-nya di dalam kebaikan, di dalam ketaatan Allah. Tilawah, Solat Sunat, Sadaqah, amalan harian sepanjang Ramadhan. Namun, berapa ramai juga orang yang berlalu 2/3 Ramadhan-nya di dalam kemaksiatan dan kelalaian? Mereka berlapar dan dahaga, mereka memperkecilkan RAMADHAN, menghinakan orang orang yang BERAMAL baik, tangan mereka terlalu KEDEKUT,untuk bersadaqah.Sungguh, orang orang begini tidaklah Syaitan itu MUDHARAT baginya.Kerana, dia semasa Syaitan dibelenggu itu SAMA seperti dia yang ketika Syaitan tidak dibelenggu.Maka, hanya ke atas Allah sahaja-lah kita berserah diri.


Ikhwah fiLLAH,
Sungguh, ALLAH tahu hambaNYA jikalau diganggu Syaitan, mereka akan KALAH. Lalu DIA turunkan RAMADHAN. ALLAH juga tahu dan paham,hambaNYA banyak melakukan dosa,lalu DIA membuka pintu keAmpunan. Namun, manusia masih lagi tidak tahu dan tidak paham dan TAAT akan tuntutan ALLAH.Namun, tidak mengapa. ALLAH tahu masih ramai manusia tidak mendapat apa apa daripada hidup mereka, lalu ALLAH dengan kasih sayang-Nya, DIA turunkan sebuah MALAM yang lebih baik daripada 1000 malam @ 83 Tahun.Namun, dalam ALLAH tahu dan paham akan hamba-NYA.Masih ramai hambaNYA yang tidak mahu mengendahkan Kasih Sayang ALLAH ini.Sungguh, hanya ALLAH yang mampu memberi HIDAYAH.


لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ [٩٧:٣]

“Laylatul-qadr itu SUNGGUH,lebih baik daripada 1000 bulan”
تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ [٩٧:٤]

“Turunlah Malaikat dan juga Ruh (Jibril) pada malam itu dengan izin Allah”
سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ [٩٧:٥]

“Keselamatan dan kesejahteraan sehinggalah terbit Fajar”



Ikhwah,

Mengapa 10 malam terakhir sering dikaitkan dengan Laylat-Qadr?
Ketahuilah sesungguhnya, 10 malam terakhir itu bermanfaat dan penting, bukan kerana dirinya sendiri, Namun kerana Laylat-alQadr yang TINGGAL di dalamnya.
Semua persoalan yang ada di dalam benak hati kita itu tidaklah berguna jika tidak disertakan AMAL dengan segala yang telah kita tahu tentang Laylat-alQadr ini.
Kita masih lagi berada di bulan Amal, Qura’n dan Zikr.Jadi, tidak lain dan tidak bukan lagi amalan yang sepatutnya kita lakukan itu masih tetap sama seperti yang dilakukan di awal Ramadhan lalu,Cuma:

Aisyah radiALLAHuanha berkata: “ Nabi sallALLAHUalaihiwasallam berusaha (Memperbanyakkan) Ibadahnya di 10 hari terakhir Ramadhan lebih daripada hari-hari lain”

Dan di dalam hadith lain pula,
“Apabila masuk 10 hari terakhir Ramadhan,Nabi sallALLAHualaihiwasallam memperkuatkan ikatan perutnya dan membangunkan ahli keluarganya”

Ibadah dan Amalan di 10 Hari Terakhir RAMADHAN

1. I’tikaf:
Aisyah berkata:” Adalah Nabi sallALLAHUalaihiwasallam beri’tikaf di 10 hari terakhir hinggalao baginda wafat”

2. Ihya’ (Penghidupan) Malam:
Aisyah berkata lagi: “ Apabila masuk 10 hari terakhir Ramadhan, sallALLAHualaihiwasallam menghidupkan malamnya”

Syekh Utsaimin berkata: Dan zahir hadith ini memberi maksud, Nabi sallALLAHualaihiwasallam menghidupkan malam seluruhnya.

Namun, Aisyah berkata: “ Tidaklah aku tahu bahawa baginda berjaga(Hidupkan) malam itu seluruhnya sehingga pagi”

3. Membangunkan Ahli Keluarga:
Di dalam Muwattha’: “Adalah Umar bersolat pada waktu malam beberapa waktu yang ia kehendaki, lalu apabila sampai malam pada pertengahannya, dia membangunkan keluarganya SELURUHNYA untuk solat.”

4. Memburu Laylat al-Qadr
Nabi sallALLAHUalaihiwasallam bersabda: “ Burulah laylat al-Qadr di hari-hari GANJIL pada 10 malam terakhir Ramadhan”

Misi Utama = Memburu laylat al-Qadr
Ulama’ meringkaskan bahawa Laylat al-Qadr MUNGKIN akan jatuh pada malam GANJIL dan

Ulama’ juga mengatakan bahawa saban tahun, laylat al-Qadr itu berubah harinya.

Lalu, bagaimana kita hendak memastikan bahawa kita TERJAMIN akan Fadhilat laylat al-Qadr ini?
Ulama telah pun menjawab pertanyaan kita ini:

“Hendaklah ia memburunya pada setiap malam daripada 10 malam terakhir Ramadhan dan menghidupkan setiap malamnya untuk MENJAMIN kita akan Fadhilatnya dan untuk keluar dari Khilaf para ahli ilmu akan bilakah Laylat al-Qadr itu”
Ikhwah sekalian,
Beramallah pada setiap malam daripada 10 malam terakhir itu, seakan akan setiap malam itulah laylat al-Qadr.Kerana, ia sama sekali tidak akan merugikan bahkan menguntungkan kita sendiri kerana mungkin Allah sedang menguji keikhlasan diri kita.Sudah pasti, jika 10 malam terakhir itu kita hidupkan,dengan IKHLAS,dengan IKHLAS dan dengan IKHLAS, maka kebaikan Laylat al-Qadr itu insyALLAH sudah kita perolehi.


Kesalahan –kesalahan Pada 10 Hari Terakhir


1.Berasa lemah untuk Ibadah: Sepertimana yang kita lihat, berapa ramai orang yang amat DAHSYAT ibadahnya pada awal Ramadhan apabila tiba di penghujungnya,semakin berkurang minatnya dan semakin minatnya pada Hari Raya yang bakal menjelma.Maka, orang begini telah benar benar RUGI.

2. Menghidupkan Malam 27-Ramadhan SAHAJA: Fenomena yang sering kita lihat saban tahun ialah Masjid PASTI akan penuh pada malam tersebut SAHAJA.Sungguh,mereka telah ditipu Hawa Nafsu mereka sendiri.Kerana,laylat al-Qadr itu berubah saban tahun.

3. Tidak beri’tikaf

4. Membuang masa ketika beri’tikaf: Bersembang kosong di kebanyakan masa dsb.
Saudara sekalian,

Bulan apakah yang lebih mulia daripada Ramadhan?

Malam apakah yang lebih mulia daripada laylat al-Qadr?

Orang manakah yang lebih RUGI daripada orang yang dijauhkan daripada Fadhilat
Ramadhan?

Orang manakah yang lebih RUGI daripada orang yang dijauhkan daripada Fadhilat laylat al-Qadr?

Gelaran apakah yang paling sesuai digelarkan bagi orang yang sudah tahu akan FADHILAT Ramadhan dan Laylat al-Qadr, namun masih menyiakan ia?

Sungguh, ikhwah fiLLAH,

Cendekiawan boleh menjadi dungu, ahli ilmu boleh menjadi JAHIL, apabila mereka memperoleh ‘A’ di dalam mata pelajaran Matematik, namun apabila mereka disuruh mengira PAHALA dan GANJARAN ALLAH,mereka di sisi ALLAH, digredkan dengan gred ‘E” bahkan ‘F’.Mereka tidak dapat menilai, sungguh HATI mereka telah TERKUNCI daripada Rahmat ALLAH, maka orang manakah yang lebih TERUK daripada orang yang hatinya TERKUNCI daripada Rahmat Allah? WALLAHUlmusta’an.


Telah Hampir Tiba Waktu Perpisahan


2/3 Ramadhan telah pun berlalu, kekasih Sebulan ini sudah hampir meninggalkan kita.Sungguh tidak terasa, pantas sungguh kau ingin meninggalkan kami. Sungguh, kami masih belum merasa puas denganmu, Ramadhan. Namun, hakikat kehidupan setiap yang datang PASTI akan pergi.
Bersedihlah, kerana siapa tahu ini mungkin merupakan Ramadhan TERAKHIR kita.Menangislah,kerana siapa tahu Ramadhan kali ini,telah ALLAH taqdirkan menjadi yang terakhir bagi seluruh Alam.Tanyalah diri kita,apakah sudah cukup amalan yang sedia ada?
Apakah sudah boleh kita bersuka ria, bergelak ketawa bersama ahli keluarga kita?Apakah kita sudah yakin bahawa kita tidak memerlukan Laylat al-Qadr?
Jika begitu, maka lakukanlah apa yang kita rasa benar dan janganlah MENYESAL di hari yang tiada penyesalan.
Saudara, ALLAH masih Sayangkan kita.
Allah masih inginkan kita berada di dalam Syurga-Nya.
Pintu Taubat Ilahi sentiasa terbuka, hanya kita yang SOMBONG,BONGKAK dan TAKABBUR menyagka diri sudah sempurna.


Beringatlah saudara, ini mungkin Ramadhan kita yang terakhir!

Manfaatkanlah KLIMAKS yang bakal menjelma ini.Habiskan segala tenaga,hidupkan malam-mu,kejutkan ahli keluarga yang lain.
Kerana kita tidak mahu ke Syurga bersendirian sedangkan ahli keluarga yang lain sedang di-Azab di Neraka.
Mungkin ini sahaja yang mampu diberi sebagai peringatan buat diri sendiri.
Namun ingin dikongsi bersama agar tiada yang terlepas dari Fadhilatnya.Segala kekurangan,mohon diampun.Segala kritikan,amat dialu alukan.Moga kita tidak diLALAIkan oleh Hawa Nafsu untuk menghadapi KLIMAKS yang mungkin merupakan KLIMAKS terakhir kita.Silakan diedar,diulang cetak dsb untuk tujuan Dakwah.

Sebagai kata kata akhir,
Ingin diingatkan wahai Saudara,
Ingatlah, dan ketahuilah
Bahawa Kau & Aku, kita serupa, semua kita adalah HAMBA ALLAH,
Bukanlah kita HAMBA RAMADHAN, tetapi kita cuma KEKASIH RAMADHAN.
Buktikanlah bahawa dirimu itu Hamba Allah, dengan ISTIQAMAH.
Raya yang bakal menjelma, jangan dilekakan DUNIA,
Begitu juga pada bulan bulan seterusnya sehinggalah kita bertemu RAMADHAN kembali,
Atau kita bertemu Tuhan pencipta RAMADHAN buat pertama kali.
Beringatlah, salin ingat mengingatilah kita pada kebenaran.
InsyALLAH.


WALLAHua’lam.













Saudara, di sini ingin turut dilampirkan Jadual Ibadah untuk dimanfaatkan di 10 hari terakhir Ramadhan:

Sebelum Subuh:
-Tahajjud
-Bangunkan ahli keluarga
-Bersahur

Selepas Subuh:
-Sunat dua rakaat sebelum subuh
-Pergi awal untuk solat Subuh
-Sibukkan diri denganDoa, Quran,Zikr dsb ketika menunggu solat
-Membaca Zikir Pagi
-Duduk beribadah,berzikir dsb sehingga Syuruq.Lalu bersolat dua Rakaat Syuruq
-Dhuha
-Tidur setelah selesai segala di atas

Sebelum & Selepas Zuhur:
-Solat sunat 4 rakaat sebelum Zuhur
-Solat sunat 4 rakaat selepas Zuhur
-Berzikir, Tilawah Quran
-Berehat sebentar

Sebelum & Selepas Asar:
-Solat 4 rakaat sebelum Asar
-Mendengar Kuliah/Tazkirah di Masjid
-Bersedia untuk menjamu orang berbuka puasa
-Berdoa sebelum matahari terbenam
-Membaca Zikir Petang

Sebelum & Selepas Maghrib:
-Duduk berzikir & berdoa ketika menunggu waktu berbuka
-Mempercepatkan berbuka dan menjamu orang lain berbuka
-Duduk di Masjid sehingga waktu Isyak

Sebelum & Selepas Isyak:
-Solat terawih SEMPURNA bersama Imam
-Tidur awal dan bangun pada pertengahan malam sehingga Subuh

Semoga Jadual ini dapat diikuti semuanya kerana semuanya bersumberkan Rasulullah SallALLAHulaihiwasallam.

*Semuanya diambil dari Hadith Shahih.
Bagi sesiapa yang ingin melihat kepada Hadith, bolehlah meminta kepada mana mana Ustaz atau boleh datang terus kepada PSP.

WALLAHua’lam :)