Friday, August 27, 2010

Klimaks Ramadhan,

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

AssalamualaikumwarahmatuLLAHiwabarakatuh,

“Setiap yang datang pasti akan pergi, dan setiap yang akan datang itu dekat”

Ramadhan yang datang pasti akan pergi, dan AJAL yang akan datang itu dekat.

Setiap perkara pasti ada kemuncaknya, dan bagi Ramadhan itu KLIMAKS-nya sendiri.Iaitu pada 10 hari terakhir Ramadhan.Ramai manusian menjadikan 1/3 awal ramadhan itu sebagai KLIMAKS-nya, begitu kita lihat, Masjid dan Surau, dibanjiri dengan manusia.Tetapi,apabila tiba KLIMAKS sebenar Ramadhan, mereka berpaling pula, membanjiri lebuhraya lebuhraya untuk pulang ke Kampung.Sungguh rugi orang yang diRUGIkan daripada Fadhilat KLIMAKS Ramadhan.Bahkan, ada sekelompok manusia lagi yang bersuka ria dengan kehadiran Hari Raya sedangkan pada dasarnya dia sama sekali tidak LAYAK untuk merayakan hari Raya umat Islam.


Saudara, berapa ramai orang yang berlalu 2/3 Ramadhan-nya di dalam kebaikan, di dalam ketaatan Allah. Tilawah, Solat Sunat, Sadaqah, amalan harian sepanjang Ramadhan. Namun, berapa ramai juga orang yang berlalu 2/3 Ramadhan-nya di dalam kemaksiatan dan kelalaian? Mereka berlapar dan dahaga, mereka memperkecilkan RAMADHAN, menghinakan orang orang yang BERAMAL baik, tangan mereka terlalu KEDEKUT,untuk bersadaqah.Sungguh, orang orang begini tidaklah Syaitan itu MUDHARAT baginya.Kerana, dia semasa Syaitan dibelenggu itu SAMA seperti dia yang ketika Syaitan tidak dibelenggu.Maka, hanya ke atas Allah sahaja-lah kita berserah diri.


Ikhwah fiLLAH,
Sungguh, ALLAH tahu hambaNYA jikalau diganggu Syaitan, mereka akan KALAH. Lalu DIA turunkan RAMADHAN. ALLAH juga tahu dan paham,hambaNYA banyak melakukan dosa,lalu DIA membuka pintu keAmpunan. Namun, manusia masih lagi tidak tahu dan tidak paham dan TAAT akan tuntutan ALLAH.Namun, tidak mengapa. ALLAH tahu masih ramai manusia tidak mendapat apa apa daripada hidup mereka, lalu ALLAH dengan kasih sayang-Nya, DIA turunkan sebuah MALAM yang lebih baik daripada 1000 malam @ 83 Tahun.Namun, dalam ALLAH tahu dan paham akan hamba-NYA.Masih ramai hambaNYA yang tidak mahu mengendahkan Kasih Sayang ALLAH ini.Sungguh, hanya ALLAH yang mampu memberi HIDAYAH.


لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ [٩٧:٣]

“Laylatul-qadr itu SUNGGUH,lebih baik daripada 1000 bulan”
تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ [٩٧:٤]

“Turunlah Malaikat dan juga Ruh (Jibril) pada malam itu dengan izin Allah”
سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ [٩٧:٥]

“Keselamatan dan kesejahteraan sehinggalah terbit Fajar”



Ikhwah,

Mengapa 10 malam terakhir sering dikaitkan dengan Laylat-Qadr?
Ketahuilah sesungguhnya, 10 malam terakhir itu bermanfaat dan penting, bukan kerana dirinya sendiri, Namun kerana Laylat-alQadr yang TINGGAL di dalamnya.
Semua persoalan yang ada di dalam benak hati kita itu tidaklah berguna jika tidak disertakan AMAL dengan segala yang telah kita tahu tentang Laylat-alQadr ini.
Kita masih lagi berada di bulan Amal, Qura’n dan Zikr.Jadi, tidak lain dan tidak bukan lagi amalan yang sepatutnya kita lakukan itu masih tetap sama seperti yang dilakukan di awal Ramadhan lalu,Cuma:

Aisyah radiALLAHuanha berkata: “ Nabi sallALLAHUalaihiwasallam berusaha (Memperbanyakkan) Ibadahnya di 10 hari terakhir Ramadhan lebih daripada hari-hari lain”

Dan di dalam hadith lain pula,
“Apabila masuk 10 hari terakhir Ramadhan,Nabi sallALLAHualaihiwasallam memperkuatkan ikatan perutnya dan membangunkan ahli keluarganya”

Ibadah dan Amalan di 10 Hari Terakhir RAMADHAN

1. I’tikaf:
Aisyah berkata:” Adalah Nabi sallALLAHUalaihiwasallam beri’tikaf di 10 hari terakhir hinggalao baginda wafat”

2. Ihya’ (Penghidupan) Malam:
Aisyah berkata lagi: “ Apabila masuk 10 hari terakhir Ramadhan, sallALLAHualaihiwasallam menghidupkan malamnya”

Syekh Utsaimin berkata: Dan zahir hadith ini memberi maksud, Nabi sallALLAHualaihiwasallam menghidupkan malam seluruhnya.

Namun, Aisyah berkata: “ Tidaklah aku tahu bahawa baginda berjaga(Hidupkan) malam itu seluruhnya sehingga pagi”

3. Membangunkan Ahli Keluarga:
Di dalam Muwattha’: “Adalah Umar bersolat pada waktu malam beberapa waktu yang ia kehendaki, lalu apabila sampai malam pada pertengahannya, dia membangunkan keluarganya SELURUHNYA untuk solat.”

4. Memburu Laylat al-Qadr
Nabi sallALLAHUalaihiwasallam bersabda: “ Burulah laylat al-Qadr di hari-hari GANJIL pada 10 malam terakhir Ramadhan”

Misi Utama = Memburu laylat al-Qadr
Ulama’ meringkaskan bahawa Laylat al-Qadr MUNGKIN akan jatuh pada malam GANJIL dan

Ulama’ juga mengatakan bahawa saban tahun, laylat al-Qadr itu berubah harinya.

Lalu, bagaimana kita hendak memastikan bahawa kita TERJAMIN akan Fadhilat laylat al-Qadr ini?
Ulama telah pun menjawab pertanyaan kita ini:

“Hendaklah ia memburunya pada setiap malam daripada 10 malam terakhir Ramadhan dan menghidupkan setiap malamnya untuk MENJAMIN kita akan Fadhilatnya dan untuk keluar dari Khilaf para ahli ilmu akan bilakah Laylat al-Qadr itu”
Ikhwah sekalian,
Beramallah pada setiap malam daripada 10 malam terakhir itu, seakan akan setiap malam itulah laylat al-Qadr.Kerana, ia sama sekali tidak akan merugikan bahkan menguntungkan kita sendiri kerana mungkin Allah sedang menguji keikhlasan diri kita.Sudah pasti, jika 10 malam terakhir itu kita hidupkan,dengan IKHLAS,dengan IKHLAS dan dengan IKHLAS, maka kebaikan Laylat al-Qadr itu insyALLAH sudah kita perolehi.


Kesalahan –kesalahan Pada 10 Hari Terakhir


1.Berasa lemah untuk Ibadah: Sepertimana yang kita lihat, berapa ramai orang yang amat DAHSYAT ibadahnya pada awal Ramadhan apabila tiba di penghujungnya,semakin berkurang minatnya dan semakin minatnya pada Hari Raya yang bakal menjelma.Maka, orang begini telah benar benar RUGI.

2. Menghidupkan Malam 27-Ramadhan SAHAJA: Fenomena yang sering kita lihat saban tahun ialah Masjid PASTI akan penuh pada malam tersebut SAHAJA.Sungguh,mereka telah ditipu Hawa Nafsu mereka sendiri.Kerana,laylat al-Qadr itu berubah saban tahun.

3. Tidak beri’tikaf

4. Membuang masa ketika beri’tikaf: Bersembang kosong di kebanyakan masa dsb.
Saudara sekalian,

Bulan apakah yang lebih mulia daripada Ramadhan?

Malam apakah yang lebih mulia daripada laylat al-Qadr?

Orang manakah yang lebih RUGI daripada orang yang dijauhkan daripada Fadhilat
Ramadhan?

Orang manakah yang lebih RUGI daripada orang yang dijauhkan daripada Fadhilat laylat al-Qadr?

Gelaran apakah yang paling sesuai digelarkan bagi orang yang sudah tahu akan FADHILAT Ramadhan dan Laylat al-Qadr, namun masih menyiakan ia?

Sungguh, ikhwah fiLLAH,

Cendekiawan boleh menjadi dungu, ahli ilmu boleh menjadi JAHIL, apabila mereka memperoleh ‘A’ di dalam mata pelajaran Matematik, namun apabila mereka disuruh mengira PAHALA dan GANJARAN ALLAH,mereka di sisi ALLAH, digredkan dengan gred ‘E” bahkan ‘F’.Mereka tidak dapat menilai, sungguh HATI mereka telah TERKUNCI daripada Rahmat ALLAH, maka orang manakah yang lebih TERUK daripada orang yang hatinya TERKUNCI daripada Rahmat Allah? WALLAHUlmusta’an.


Telah Hampir Tiba Waktu Perpisahan


2/3 Ramadhan telah pun berlalu, kekasih Sebulan ini sudah hampir meninggalkan kita.Sungguh tidak terasa, pantas sungguh kau ingin meninggalkan kami. Sungguh, kami masih belum merasa puas denganmu, Ramadhan. Namun, hakikat kehidupan setiap yang datang PASTI akan pergi.
Bersedihlah, kerana siapa tahu ini mungkin merupakan Ramadhan TERAKHIR kita.Menangislah,kerana siapa tahu Ramadhan kali ini,telah ALLAH taqdirkan menjadi yang terakhir bagi seluruh Alam.Tanyalah diri kita,apakah sudah cukup amalan yang sedia ada?
Apakah sudah boleh kita bersuka ria, bergelak ketawa bersama ahli keluarga kita?Apakah kita sudah yakin bahawa kita tidak memerlukan Laylat al-Qadr?
Jika begitu, maka lakukanlah apa yang kita rasa benar dan janganlah MENYESAL di hari yang tiada penyesalan.
Saudara, ALLAH masih Sayangkan kita.
Allah masih inginkan kita berada di dalam Syurga-Nya.
Pintu Taubat Ilahi sentiasa terbuka, hanya kita yang SOMBONG,BONGKAK dan TAKABBUR menyagka diri sudah sempurna.


Beringatlah saudara, ini mungkin Ramadhan kita yang terakhir!

Manfaatkanlah KLIMAKS yang bakal menjelma ini.Habiskan segala tenaga,hidupkan malam-mu,kejutkan ahli keluarga yang lain.
Kerana kita tidak mahu ke Syurga bersendirian sedangkan ahli keluarga yang lain sedang di-Azab di Neraka.
Mungkin ini sahaja yang mampu diberi sebagai peringatan buat diri sendiri.
Namun ingin dikongsi bersama agar tiada yang terlepas dari Fadhilatnya.Segala kekurangan,mohon diampun.Segala kritikan,amat dialu alukan.Moga kita tidak diLALAIkan oleh Hawa Nafsu untuk menghadapi KLIMAKS yang mungkin merupakan KLIMAKS terakhir kita.Silakan diedar,diulang cetak dsb untuk tujuan Dakwah.

Sebagai kata kata akhir,
Ingin diingatkan wahai Saudara,
Ingatlah, dan ketahuilah
Bahawa Kau & Aku, kita serupa, semua kita adalah HAMBA ALLAH,
Bukanlah kita HAMBA RAMADHAN, tetapi kita cuma KEKASIH RAMADHAN.
Buktikanlah bahawa dirimu itu Hamba Allah, dengan ISTIQAMAH.
Raya yang bakal menjelma, jangan dilekakan DUNIA,
Begitu juga pada bulan bulan seterusnya sehinggalah kita bertemu RAMADHAN kembali,
Atau kita bertemu Tuhan pencipta RAMADHAN buat pertama kali.
Beringatlah, salin ingat mengingatilah kita pada kebenaran.
InsyALLAH.


WALLAHua’lam.













Saudara, di sini ingin turut dilampirkan Jadual Ibadah untuk dimanfaatkan di 10 hari terakhir Ramadhan:

Sebelum Subuh:
-Tahajjud
-Bangunkan ahli keluarga
-Bersahur

Selepas Subuh:
-Sunat dua rakaat sebelum subuh
-Pergi awal untuk solat Subuh
-Sibukkan diri denganDoa, Quran,Zikr dsb ketika menunggu solat
-Membaca Zikir Pagi
-Duduk beribadah,berzikir dsb sehingga Syuruq.Lalu bersolat dua Rakaat Syuruq
-Dhuha
-Tidur setelah selesai segala di atas

Sebelum & Selepas Zuhur:
-Solat sunat 4 rakaat sebelum Zuhur
-Solat sunat 4 rakaat selepas Zuhur
-Berzikir, Tilawah Quran
-Berehat sebentar

Sebelum & Selepas Asar:
-Solat 4 rakaat sebelum Asar
-Mendengar Kuliah/Tazkirah di Masjid
-Bersedia untuk menjamu orang berbuka puasa
-Berdoa sebelum matahari terbenam
-Membaca Zikir Petang

Sebelum & Selepas Maghrib:
-Duduk berzikir & berdoa ketika menunggu waktu berbuka
-Mempercepatkan berbuka dan menjamu orang lain berbuka
-Duduk di Masjid sehingga waktu Isyak

Sebelum & Selepas Isyak:
-Solat terawih SEMPURNA bersama Imam
-Tidur awal dan bangun pada pertengahan malam sehingga Subuh

Semoga Jadual ini dapat diikuti semuanya kerana semuanya bersumberkan Rasulullah SallALLAHulaihiwasallam.

*Semuanya diambil dari Hadith Shahih.
Bagi sesiapa yang ingin melihat kepada Hadith, bolehlah meminta kepada mana mana Ustaz atau boleh datang terus kepada PSP.

WALLAHua’lam :)

No comments: