Sunday, February 27, 2011

Syukran, :)

BismilLahirrahmanirrahim,

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, :)

Sudah lama sekali tidak aku menulis, bahkan membuka blog tulisan aku ini. Rindu rasanya,kali terkahir ialah ketika aku di Yemen, sekarang sudah genap sebulan aku pulang. Dengan perasaan hiba, meninggalkan Yemen tercinta, aku menulis bukan untuk mencela tetapi untuk berkarya agar suatu hari ketika matang nanti, akan aku kenangi peristiwa peristiwa di zaman ketidakkematangan aku ini, insyaAllah :)
Pasti akan menjadi menarik, pabila hari tua nanti menceritakan kepada anak cucu tentang perkara yang berlaku dan dilakukan ketika hari muda ku. Walaupun kritikan aku terima, aku mengaku ada sedikit menenggelamkan minat menulis aku namun tidak sedikit pun melunturkan semangat aku :)
Moga segala tulisan aku dilihat dari sudut positif dan segala kritikan yang diberikan aku lihat dari sudut positif juga, Amin.

Syukran membawa maksud Terima Kasih, atau sebagai tanda kesyukuran di dalam bahasa Melayu.

Tujuan tajuk ini dipilih ialah untuk menyatakan tanda kesyukuran aku terhadap pihak atasan sekolah kerana telah memberikan kebenaran serta dorongan untuk aku pergi merantau mencari PENGALAMAN di negara orang :)
Ucapan JAZAKUMULLAHUKHAIRANKATHIRA aku ucapkan kepada semua pihak atasan sekolah. Alhamdulillah, sebelum keberangkatan aku ketika di Lapangan Terbang aku telah meniatkan serta mendoakan agar setiap amalan baik dan juga pahala yang aku lakukan di Yemen, ada bahagiannya bagi 1. Ibu bapaku 2. Adik beradik 3. Guru guru dan juga pihak sekolah. Ini kerana merekalah yang telah mempermudahkan dan membuka jalan buatku untuk menimba pengalaman di sana, sekaligus mengubah diriku. Amalan baik aku yang seidkit ini moga moga diterima Allah.

Banyak ingin aku cerita dan tulis tentang keadaan di Yemen, buku yang aku tulis di Yemen nampaknya tergendala dek kerana ketiadaan 'mood' yang ada di sana, Allahuakbar. Moga aku diberikan kekuatan oleh Allah untuk menyiapkan baki 30% buku tersebut, Amin :)
Aku akhiri post kali ini dengan kalimah Alhamdulillah.

Saturday, January 29, 2011

Jawatan,

Jawatan itu, pernah aku miliki
Jawatan itu,pernah aku kagumi
Jawatan itu,pernah aku cintai
Jawatan itu,pernah aku nodai
Semua tentang jawatan itu,mimpi

Pernah aku impi,
Tuk jadi seperti ini,
Punya jawatan di sisi,
Tapi semuanya,tidak lagi kini

Kini,tidak mahu lagi
Punya jawatan seperti menteri,
Ampunan Tuhan, aku mencari,
Setelah jawatan,merosakkan diri

Pencinta Seni,
Yemen.

Kalau kau tanya,
Ada apa pada jawatan,
Jawapanku mudah,
Ada Syurga ada juga Neraka,

Teman,bukan aku tidak layak,
Atau cuba melarikan diri,
Sungguh tidak sama sekali,
Kerna pejuang itu,harus mati
Aku berani,jangan kau cabari
Kalau terpaksa juga aku lalui jalan ini,
Akan ku rentasi,penuh jati diri,
Sampai kau tahu nilai seorang Ketua,
Sampai kau tahu siapa dia Sang Ketua sebenar!
Aku, aku yang bermimpi,
Akulah dia, jangan kau cabari!