Sunday, May 31, 2009

Hari Jumaat pt2

hari jumaat ni tade pape special pon.
cuma aku dpt markah tauhid n fiqh aku yang agak memberangsangkantauhid aku dapt 98
fiqh dapat 100.

itu yang happy gilerrr
x kisah la subjek lain
yang pntg ini targetku,aku telah capai.
haha

1 lagi specialnya ialah last day.
hari perpisahan
aku balik lewat sampai solat jumaat.
still x berbaik tp smakin pulih.
paham2 je laaaa.

okayh larrr
cukup2 pasal nih.

Tuesday, May 26, 2009

Hari Jumaat.

haha, ada seuprise yang inginmku buat
suprise yg aku tlah tahu
tapi hari jumaat ini pengumumannya.

tunngulah.

Kejatuhan Empayar Abbasiyyah!

kerajaan abbasiyyah yang berkuasa sejak 2 tahun yang lepas akhirnya jatuh juga apabila beliau gagal mempertahankan dominasi beliau terhadap peperiksaan.
peperiksaan pertengahan tahun itu yang belum lagi cukup seminggu berlalu telah menunjukkan tanda2 kekalahan apabila kerajaan trsbut sedang tewas 5-4 ke tangan pembangkang.
walaupun masih banyak lagi yang belum disemak tetapi tanda2 itu sudah ckup jelas untuk menyabitkan kekalahan.
kerajaan abbas itu jatuh kerana ketidakpedulian beliau terhadap peperiksaan yang beliau ambil sebagai sebuah ujian di kertas yang tdk brguna yg tlh mnjthknnya.
tetapi, marilah kita berdoa supaya kerajaan ini kekal berkuasa.Amin.
faktor2 lain jga mempengaruhi keburukan rekodnya.
kwan2 nya di kelas juga tlh bnyk mghncrkan semangatnya utk belajar, mereka meniru.
abbas juga telah berfikir untuk membantangkan usul supaya peperiksaan itu dibubarkan kerana ianya haram dan dia mengharapkan yang baru, yang adil.
ketahuilah wahai penentang2 ku di dalam kelas
aku suka org mnntang ku
aku mahu kamu smua brjaya, jgn hnya ddk diam
naikkan semangatmu
aku memperkecilkanmu supaya kau bersemangat dan ingin melawanku
aku tdak hanya ingin aku yang bijak
aku ingin semua
belajarlah denganku kerana aku suka berkongsi
aku tidak kisah jkalau kau mmcutku krana aku tahu aku dapat pahala buat itu.
terima kasih teman.

Friday, May 22, 2009

Drama.

drama yang sedang berlaku di sekolah aku semakin berlarutan.

banyak musuh tercipta, semakin kuranglah teman ku

dan setiap hari benakku bertanya kepada nafsuku

bilakah akan aku hentikan semua ini

aku sendiri pun tidak tahu.

mungkin drama ini tidak akan pernah habis,

atau mungkin sehingga ada kecelakaan atau sesuatu benda yang berlaku yang bisa menyesalkan diriku.

bila?

bila?

sanggupkah aku menanggung dosa2 ini?

tapi tak mengapa, aku tahu sebab aku lakukan ini,

aku sahaja yang tahu

tiada yang lain.

mereka tidak pernah berubah.

selagi itu drama permusuhan ini akan berlaku.

ketahuilah sahabat,

aku inginkan yang terbaik buatmu bukan sebaliknya.

ya rabbi, berikan hidayahmu buat teman2 aku,

ubahlah mereka

tanamkanlah benih2 suci iman di dalam hati mereka.

doaku buatmu sahabat tidak pernah henti

tetapi permusuhan ini akan berhenti apabila kau sendiri merubah dirimu.

............sahabat,teman.........musuh.......bukan selamanya.........semua akan mati...ingatlah itu dan maafkan aku...aku sentiasa memaafkanmu...

Wednesday, May 6, 2009

Bidadari syurga yang ku impikan.

Sedih,buntu,rindu,cinta,sayang,benci,kasih.

Semua itu ada di minda ku sekarang dan selamanya.

sedih bila melihat remaja perempuan tidak tahu lagi erti MALU.

buntu pabila ku melihat wanita/perempuan yang memakai tudung sedang berpegangan tangan bersama teman lelaki nya.

rindu pabila ku melihat bidadari syurga yang cantik tanpa menampakkan kulitnya,sedangkan mereka tinggal di dunia yang sama dengan mereka.

cinta pabila ku melihat awek2 yang memakai tudung dan menutup aurat mereka sambil membaca kitab suci.

sayang apabila ku melihat remaja2 perempuan sedang mendalami kitab2/buku2 dan mereka tidak sedikit pun memandang lelaki.

benci pabila ku melihat wanita2 yang cantik rupa parasnya tapi hatinya lebih busuk daripada sampah,lebih kotor daripada longkang,lebih keji daripada FRU,dan lebih jijik daripada lumut.

kasih pabila ku melihat wanita2 syurga menghadiri majlis2 ilmu sedang teman2 mereka sedang tidur di rumah teman lelakinya.

Aku bosan. aku bosan melihat semua ini. bila akan ku temu bidadari syurga yang betul2 memperjuangkan hak islam yang boleh menjagaku pada hari tua nanti. mana akan ku cari. mana? mana? lagi 7 tahun mgkin aku perlukan seorang, tapi adakah lagi wanita yang masih suci dengan alquran di dada dan nabi sebagai penunjuk mereka. adakah lagi? tunjukkan aku nescaya akan ku pinta supaya dia ditetapkan dalam agamaNya dan  melahirkan generasi2 yang sama sepertinya.

Come Back!

go go go! enemy is infront! need assistant! 

itulah perkataan yang diungkapkan oleh teman-teman seperjuangan kita di Palestin.(Dalam Bahasa Arab la.)

tetapi itu semua sudah berlalu. kemenangan sudah di tangan kita,cuma satu

Pembebasan masjidil aqso dari tangan yahudi masih belum tercapai.

itulah disebabkan kelemahan umat islam itu sendiri dan ketidaksepakatan pemimpin pemimpin islam yang dayus. termasuklah pemimpin-pemimpin arab atau di Malaysia sekalipun(kecuali yang dirahmati allah).

Tapi, bukan pasal palestin aku nak cerita kat korang nihh.

Tapi pasal aku dah lame x update blog nihh, sory larrr.

Busy maaaa..

myspace aku dah 2 blan x bkk

fs aku dah 6 bulan.

flickr aku dah 5 bulan.

semuanya disebabkan apa yang sedang berlaku di dunia sekarang.

aku terkejut dengan perkembangan dunia.Aku tiba-tiba rasa bersalah. Orang lain menderita tapi aku? Aku layan kawan2 awekz2 dan aku masih lagi ada masa untuk mndapatkan shot yang lawa untuk diletak dalam flickr.Apa ni?...

dek kerana itulah aku berhenti menulis. Aku mula menukilkan sajak dan pantun. Tidak lagi di alam siber tapi di buku tullis.

Tetapi, hari ini aku bangkit dan ingin meneruskan perjuangan di alam siber ini.

Akan ku pertahan kedaulatan agama, akan ku hentam pemimpin-pemimpin dayus, akan ku kutuk dajjal-dajjal manusia, akan ku tolong yang lemah walau aku tahu yang sebenarnya aku tidak mampu. Aku ingin mencuba. 

Korang nak bantah?

Aku tak kisah.

Ini aku dan ini adalah matlamat ku.

yang penting jangan korang lupa trademark gua.

Art is Seni.Seni itu Art.

ARTLOVER.PENCINTASENI.

salamalaikum.