Thursday, July 29, 2010

Sebelum Berpuasa,

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ [٢:١٨٣]
“Wahai orang-orang yang beriman, telah DIWAJIBKAN ke atas kamu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang orang sebelum kamu, agar kamu BERTAKWA”

Ramadhan, sering kali para Ustaz berceramah tentangnya. Namanya itu, lebih masyhur daripada para ustaz yang bercerita tentangnya. Timbul persoalan, siapakah RAMADHAN ini? Apakah yang menyebabkan ia disebut-sebut, di kenang kenang?
Ikhwah sekalian, ketahuilah sesungguhnya Ramadhan ini ialah suatu FENOMENA bagi orang yang beriman. Fenomena yang amat dirindui oleh orang beriman. Pada bulan inilah, sistem sistem sedia ada BERUBAH, malam yang dahulunya sunyi, kian riuh dengan ZikrulLAH. Siang siang yang dahulunya riuh dengan perkara perkara yang tidak berguna, kini ia masih lagi riuh, tetapi dengan Asma’ Allah.
Namun, FENOMENA ini, hanya berlaku dan terjadi kepada orang orang beriman SAHAJA. Zaman dimana RAMADHAN dianggap fenomena, dirindui, ditangisi sudah hanya tinggal kenangan. Ramadhan tidak lebih hanya sekadar bulan persiapan bagi menghadapi Syawwal.
Syair arab ini, mungkin boleh mengembalikan ‘MOOD’ Ramadhan kita:
“ Wahai jiwa –jiwa yang diselaputi dosa pada bulan Rejab,
Bahkan, pada bulan Sya’ban juga ia mahu bermaksiat kepada Tuhannya,
Sudah pasti, setelah kedua bulan itu berlalu akan membayangimu bulan Ramadhan,
Maka janganlah ia juga digelar Bulan Maksiat,
Bacalah al-Quran dan berzikirlah,
Kerana sesungguhnya ini bulan Quran dan Zikr”
Ikhwah fiLLAH,
Berapa ramai Sahabat kita yang bersama sama menyambut kedatangan Ramadhan pada tahun yang lalu, kian sudah meninggalkan kita?
Mungkin jawapan kita “Takda pun” Mungkin soalan ini lebih patut dijawab oleh golongan yang berfikiran begitu “ Apakah kamu tahu bila tiba ajalmu?” “Apakah amalanmu yang hanya menghafal quran itu CUKUP untuk melepaskan kakimu daripada dijerut NERAKA?!”
Fikirlah, sesungguhnya manusia itu dikurniakan AKAL, maka janganlah kita tergolong dalam golongan ini,
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
“Dan sesungguhnya, akan kami isikan Jahannam itu ramai dari kalangan Jin dan Manusia, mereka mempunyai Hati (Akal) tetapi tidak digunakan untuk memahami ayat-ayat Allah,dan bagi mereka mata,namun mereka tidak melihat dengannya,dan bagi mereka telinga, tetapi mereka tidak mendengar dengannya, mereka itulah seperti BINATANG,bahkan mereka itu lebih sesat, merekalah orang –orang yang lalai” (al_a’raf:179)
Sahabat, sungguh ALLAH telah menyediakan bagi antum Syurga dan Neraka. Dan ALLAH tidak hanya membiarkan kita terpinga-pinga mencari Syurga.Namun, Allah telah membekalkan kita dengan PELUANG-PELUANG yang banyak, antaranya, bulan RAMADHAN. Namun, untuk menghadapi bulan ini perlu PERSIAPAN yang rapi. Dan, lebih Afdhal jika Artikel ini dapat membantu antum dalam mempersiapkan diri bagi menghadapi Ramadhan.
Persiapan Pertama :
قالت عائشة رضي الله عنها : ما رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم استكمل صيام شهر إلا رمضان ، و ما رأيته أكثر صياماً منه في شعبان
“Aisyah berkata : Tidak pernah aku melihat Rasulullah sallaLLAHualaihiwasallam berpuasa sebulan penuh kecuali RAMADHAN, dan tidak pernah aku melihatnya berpuasa lebih banyak daripada Sya’ban”
Mempersiapkan diri kita dengan Puasa di bulan Sya’ban bakal membantu di bulan Ramadhan.Tubuh manusia tidak mampu menanggung perubahan drastik, begitu juga Akal dan Fikiran manusia.




Namun,
أنّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ( إذا انتصف شعبان فلا تصوموا)
Rasulullah sallaLLAHualaihiwasallam bersabda “ Jika telah sampai sya’ban pada pertengahannya, maka janganlah kamu berpuasa”
Larangan ini terjadi apabila pada awal bulan Sya’ban tidak dibiasakan berpuasa. Namun, jika seseorang itu telah pun biasa berpuasa pada awal Sya’ban, maka diharuskan baginya untuk meneruskan puasanya walaupun di pertengahan Sya’ban yang kedua.Namun, puasa Isnin dan Khamis tidak termasuk dalam larangan ini jika antum telah biasa berpuasa Isnin dan Khamis sebelum ini.
Mungkin sudah terlambat bagi yang masih belum mula berpuasa untuk berpuasa, namun masih banyak lagi amalan yang boleh dibuat seperti mula memperbanyakkan bacaan al-Quran dan beribadah lain.
Rasulullah sallaALLAHUalaihiwasallam pernah bersabda
“( خذوا من العمل ما تطيقون ، فإن الله لا يمل حتى تملوا )”
“Beramallah setakat apa yang kamu mampu, kerana Allah tidak pernah Jemu sehinggalah kamu yang Jemu”
Persiapan kedua :
Bertaubat kepada yang Maha Mencintai
(إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِين )
“Sesungguhnya, Allah amat menyukai orang orang yang bertaubat dan yang menyucikan diri” Albaqarah:222
Marilah kita berfikir sejenak, apakah kita akan membantu, menyayangi orang orang yang bebuat salah terhadap kita, namun tidak mahu meminta maaf, sama seperti cara kita membantu dan menyayangi orang-orang yang juga berbuat salah, namun mereka meminta maaf?
Maka, janganlah antum hairan mengapa Allah tidak menerima Doa antum. Jadi, bertaubat Nasuha sebelum tibanya Ramadhan itu amatlah diharuskan, agar Ramadhan kita nanti diberkatiNYA.
Moga artikel ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.Sungguh,bukanlah niatku untuk Takabbur. Namun, ini semua dilakukan demi Maslahat Ummah ini.Moga kita dapat bersiap siaga bagi mengahadapi FENOMENA ini.Segala silap dan salah,moga ditegur.Artikel ini boleh diubah suai,di cetak semula dan sebagainya bagi Tujuan Agama.WALLAHua’lam. Kalau artikel ini tidak dapat membantu antum,carilah inisiatif lain.Tetapi,janganlah leka dan lalai.Sungguh,Ramadhan tidak memerlukan kita,Tapi,kitalah yang amat memerlukan Ramadhan 

No comments: