Wednesday, June 10, 2009

Bila kau, aku Bersama.


Hari demi hari berlalu,
aku demi aku berlalu,
duit demi duit terbuang,
masa demi masa terleka,

Aku bagaikan orang yang pergi travel tanpa passport, ticket, dan duit.
Aku dilekakan oleh hasutan dunia yang seringkali menggoncang benakku ini.
Aku kadang2, ingin saja untuk melepaskan diri dari segala beban yang aku tanggung selama ini,
ingin saja aku melepaskan geram di hati,
ingin saja aku pergi melarikan diri,
aku rasa seperti tidak boleh ku tanggung lagi semua ini.
aku memang asing,
aku memang lain,
ibu bapaku, saudara2 ku, semua tidak memahami aku.

Aku, memang ini aku.
Sepertinya seni itu memang sudah ada dalam darahku,
memang tidak boleh ku lupakan seni di dalam kehidupanku,
dalam agamaku, pakaian ku.
Janganlah kau marah, terkejut bila aku seperti mereka.
Aku memang seperti mereka di luar diriku
tetapi hatiku telah tetap dalam agama ini.
jangan kau lihat luaranku, lihatlah hatiku.
luaranku memang seperti syaitan dunia,
aku mengakuinya.

Aku berambut panjang atas satu tujuan,
mungkin orang2 yang agamanya kuat akan paham.

Kelakuanku semua memang berlandaskan agama,
walau kadang2 aku terbuai oleh keenakan dunia.

Tapi, adakah aku layak dihukum kerana itu?
aku juga ingin layanan seperti orang lain yang luaran dan dalamannya '
malaikat
'.
Apakah aku tidak layak untuk itu?

Ingatlah, jikalau kau dapat berdakwah kepada orang2 yang sama pakaiannya sepertimu,kopiah di kepala,jubah di badan, sebenarnya orang2 di luar sana telah kau pinggirkan,
remaja2 yang sedang melepak di tepi jalan, siapa yang bertanggungjawab.
Tidak cukupkah orang yang berkopiah, botak rambutnya, kemas, berjubah di dalam dunia ini.
siapa yang akan menjadi pendakwah untuk remaja2 di luar sana.
Aku mempunyai pengalaman, aku tahu mereka tidak suka akan orang seperti itu.
mereka mahu dari golongan, kalangan mereka sendiri. Teman2 ku ramai dari kalangan mereka, bahkan majoriti. Aku tidak pun terpengaruh dari sudut hati, mengapa kau timbulkan alasan begitu untuk mgelakkan dari mereka. Aku tidak ber-Couple, aku tidak clubbing, aku tidak minum.Apa yang kau perlu takut? Kalau betul lah agama mu sudah kuat sampai kau boleh berdakwah, cuba dekati golongan ini.
Kalau semua orang takut untuk mendekati mereka, biar aku yang berbuat begitu, walau aku bersendirian, di-benci oleh rakan2 seagamaku, dikutuk, dihina oleh mereka tidak akan ku patah semangat. Ini cabaranku buat pendakwah2 di luar sana.
Dekati mereka, mereka inginkan mu.
Percaya padaku, mereka kurang suka pada mu
mereka mahu jadi baik, tapi dari kalangan mereka.

Pahamilah diriku, aku membawa mesej teman2 ku.
Bila kau, aku bersama.

No comments: