Saturday, July 11, 2009

semakin lama, semakin rindu, semakin tertekan,

hari berlalu hari,

sedar x sedar, malam ni ialah malam yang bersejarah buat aku,
seminggu sudah aku tidak berhubung dengan dia,
rindu, memang rindu, tapi ini keputusan kami berdua,
kadang2 aku terasa bahawa keputusan ini silap,
terutama pada waktu malam dan kesyunian,
waktu itu ingatanku padanya sampai kepada tahap 'pandemik',
aku sampai harus mengambil ubat untuk tidur,
walau ku tahu ianya salah di sisi undang-undang, aku x tahan lagi,
memang, tekanan yang timpa pada diriku x sama dgn tekanan pada si dia,
mungkin dia x tertekan langsung, mungkin dia sudah lupa,
aku sendiri x tahu, khabarnya juga hanya tuhan yang tahu,

hari kedua dahulu sangat sedih, hari ketiga lebih teruk dari itu, cakap pun tidak, aku diam sahaja,hari keempat aku disuntik semangat baru, aku diceritakan kisah cinta nabi ibrahim kepada isterinya tidak melebihi cintanya pada rabbuljalil, dia sanggup meninggalkan kerana Allah, begitu juga aku, cuma aku tidak setabah Ibrahim, aku punya nafsu, aku punya keinginan, aku punya perasaaan yang lain,hari ke lima dan keenam ku lalui dengan teruk, emosi terganggu, semuanya berterabur, ujian pula pada hari tersebut, celaru minda, namun dgn smangat dia aku mendapat tempat kedua,pelik.

aku terfikir, kenapa dia berbuat keputusan ini,
aku temui bahawa mungkin dia takut aku ingin mempermainkan dia, walau aku serius dengannya, aku tiada niat tersembunyi padamu, memang lelaki manis mulutnya, tapi aku,hanya tuhan yang tahu, aku sendiri tdak tahu diriku, kau tanyalah tuhanmu, kau doakanku didalam doamu,supaya ku ditemui dengan yang semirip dengan mu, jika kau tidak lagi memahukanku,
aku cinta padamu kerana tuhanku, dan kini ku tinggalkan cinta itu demi cinta tuhan yang satu,


tidak cukup 1 tahun untuk menggambarkan perasaan ku tanpamu, pedih hatiku, tangisan ku khas buatmu, wahai sang bidadari, kaulah ratu hatiku,
..................................................................

berikut adalah pengalaman yang diberitahu oleh sang pencinta terhadap aku,
ambillah pengajaran yang baik, doakan mereka bahagia di masa hadapan,In syaAllah,

sang pencinta akan menghantar bebarapa lagi post ttg crita dia dan sang bidadarinya tidak lama lagi, InsyaAllah.

1 comment:

Anonymous said...

Waaaaaaaaaaaaaaa!!! Sodihnye coghita sang pencinta.
InnalLah maa'assobirin.
Sabar jer abbas. ramai lagi kaum wanita dan pemudi2 cun di luar sana. tingalkan sang dia. takyah nak sodih sangat.