Sunday, July 5, 2009

Hijab sang pencinta & sang bidadari,

tajuk hari ini pelik sikit,

hijab bermakna penghalang,

apa yang menghalang sang pencinta?

dari mencintai sang bidadari,

seorang lelaki ini suka akan seorang wanita ini,

mereka berdua masih berada di bangku persekolahan,

masih remajalah katanya,

mereka kenal hanya di dunia fantasi iaitu internet,

tetapi,sepertinya mereka telah lama kenal akan satu sama lain,

kenal semuanya,tahu ibu bapanya,tahu perangainya,

bukannya cinta biasa,cinta yang berlatarbelakangkan islam ,

mereka terus berhubung dan berhubung melalui berbagai saluran,

tapi,apakah hubungan mereka itu halal?

sedangkan orang yang bertunang pun diHARAMkan berhubung,apatah lagi orang biasa,

tetapi,mereka mahu berkenalan,mahu jalinkan hubungan serius katanya,

mahu dijadikan bahagian yang ketiga terbesar di dalam hati,iaitu isteri,

rasa cinta kerana Allah terus berkembang hari demi hari,

tiba2, suatu hari,

sang bidadari meminta untuk menelefon sang pencinta,

mereka pun bersembang,

di dalam kegembiraan mereka,

hati suci yang mulia yang dimiliki oleh sang bidadari ingin berkata sesuatu,

namun sang pencinta belum bersedia untuk mendengar,

sehinggalah sampai waktu tengah malam,mereka pun bersedia,

'ana rasa,ini last kita contact'kata sang bidadari dengan suara yang sayu,

'oh,ceritalah kenapa,ana nak tahu jugak'balas sang pencinta dengan perasaan sedih yang disembunyikan.

mereka pun bersembang,dan bersembang,mengeluarkan kata2 hikmat buat kali terakhir

sang pencinta menerima keputusan sang bidadari yang tepat sekali,

mereka bercinta kerana Allah dan putus hubungan yang murni ini kerana Allah juga,

semuga mereka diberkati dan diberikan Allah jalan yang terbaik,

kesedihan mereka berdua diterjemahkan dengan perubahan suara dan gaya bahasa,

sedih,memang sedih,mereka telah membuat sebuah keputusan yang amat berat bagi orang2 lain,tapi mereka boleh.

mereka bersembang sehingga subuh,tangisan sang bidadari kedengaran di telefon bimbit sang pencinta,

tiba2,sang pencinta tertidur dengan tiba2,sang bidadari terkejut, tidak mengetahui apa yang berlaku terhadap sang pencinta,

memang betullah sang pencinta tertidur, dia sebenarnya ngantuk tapi tetap ingin mendengar kata2 terakhir dan suara merdu sang bidadari, menahan kesan ubat yang baru dimakannya,

tidak sempat sang pencinta ingin meluahkan isi hatinya,Allah telah memejamkan mata sang pencinta,Allah menjaga hati mereka berdua,kerana mereka suka keranaNya,

keeseokan harinya, sang bidadari bersekolah,sedangkan sang pencinta sedang bercuti,

kesedihan yang terpancar di muka sang pencinta, merisaukan semua orang yang melihatnya,

mereka tidak tahu & tidak pernah merasa apabila cinta suci 'tergendala' kerana Allah,

pedih rasanya,perit,hancur hati,musnah segala impian.

tapi,sang pencinta sangggup mengorbankan apa sahaja demi sang bidadari,

tiada siapa tahu perasaan sang pencinta yang sebenar,dia cinta kerana Allah,

begitulah berlalunya hari pertama sang pencinta,tanpa mengetahui bagaimana keadaan sang bidadari,samada sedih atau gembira,tuhan saja yang tahu.

............................................

semoga Allah memuliakan kedua2 orang yang bercinta dan putus keranaNya,

cerita ini diadaptasi dari cerita benar,cuma kesedihan dikurangkan dan kegembiraan ditambah,supaya tidak menyedihkan pembaca sekalian,

sambungan bagi hari kedua akan disambung esok,InsyaAllah. :]::]:::]::::]:::::]::::::]

No comments: