Thursday, December 24, 2009

Inilah kesan bidaah,

Assalamu'alaikum,
emm, waktu sekarang ialah 2:32 pm, hari jumaat,
bermakna aku baru pulang dr solat jumaat,
hari krismas, cuti pulak tu,
minggu lepas aku sembahyang di Taman Tar,
minggu ni pulak di De Palma Hotel,
aku datang awal dan dapatlah saf kedua belakang imam,
dengar tazkirah jap, 'ustaz' tu pun dok tenung je muka aku ni, sebab aku je yang dengar kot,
HAHA, lagipun memang bosan, dia sendiri x tahu ape die cakap, berbelit2, tapi x apa.
Azan pun berkumandang, aku tengah menunggu ni, tunggu ape? tunggu khatib jemputan datang,
tapi x sampai, lepas azan ramai orang solat "sunnah" qabliah katanya, tp xtawla sunnah siapa, kecuali aku dan beberapa orang yang beriman (InsyALLAH) yang x solat. Lepas solat, pak "ustaz" yang bg tazkirah td yg bg khutbah, ADOYAI!!, aku pun frustrated, tp, ak x boleh nak underestimate org, sbb imam2 besar salaf, mereka dengar walaupun budak kecil yg berceramah,


OK, sekarang die pun bacalah ape2 bnda sumpah serana aku pun sampai x paham sebab lafaz arab dah jadi marab, (melayu arab) HAHA,
emm, die pun suruh org bertakwa,selawat ke atas nabi pastu baca text khutbah, baca bahasa arab tergagap2, malu aku yg tgh duduk sebelah pak arab, Tajuk harini ialah Perpaduan, jangan berpecah belah,
die sebutlah kena taat pemerintah,kena jalin hubungan dgn pemerintah, rapatkan org muda dgn masjid, buat hari2 kebesaran islam, buat karnival, futsal, dan mcm2 lah die sebut, die dok baca je text, cara penyampaian yg sungguh KUNO!, berbeza sungguh dengan di Daruttauhid, bandung.
then, INI yang AKU PANAS nih,, HOT je dengar,

Aku nak cakap pasal kesan bidaah maulidurrasul nih,
aku dok perhati dari awal khutbah sampai akhir khutbah TIADA satu perkataan pun daripada NABI MUHAMMAD s.a.w, nasib baik masih ada ayat ALLAH, ma fiish, walau kalimatan minannabi saLLAHualaihiwasallam, x ade, x ade, x ade, PATUT lah kosong, separuh terbogel penyampaian so called ustaz tersebut tanpa hadith nabi, JAHIL habis "ustaz" 2 sekarang, khatib tau baca text je, lebih baik jadi pembaca berita mcm tu, anta nak bg khutbah, NABI ada bg petunjuk, mata nabi akan merah ketika beri khutbah, Nabi akan ulang point2 penting 3 KALI, suara KUAT, tiada Text, bahkan nabi menangis, menegur di dalam khutbah, kalaulah aku boleh melakukan seperti seorang sahabat (lupa nama beliau) ketika menegur umar ketika umar sedang memberi khutbah, beliau bertanya,: YA umar, kenapa kain jubahmu lebih besar daripada orang lain?. Ketika itu, mereka baru selesai berperang dan ghanimah telah dibahagikan, tetapi Kain umar lebih besar daripada org lain, Umar menjawab: Wahai abduLLAH (anak Umar), tolong jawabkan. AbduLLAH:ayahku umar, seorang yg berbadan besar, semestinya dia memerlukan kain yg lebih utk membuat baju, lalu aku pun memberikan hak aku kepadanya. kalaulah aku boleh jadi setabah sahabat tadi yg menegur khatibnya.
Dahlah x sebut hadith nabi, TETAPI, dia ada sebut perkataan/kata2 Said Hawa, pejuang IKHWANUL MUSLIMIN, ape ni? Adakah said hawa itu darjatnya lebih mulia daripada nabi?
adakah begini 1)ALLAH 2)Said Hawa ?
khatib ada sebutkan ayat ALLAH, lalu disambung perkataan Said Hawa, dan ketika dia nak sebut nama said hawa, die seolah2 bangga, dia tgk jemaah dan cakap kuat2, Said Hawa, pejuang IKWANUL MUSLIMIN berkata:sekian sekian sekian. Ya ALLAH, inikah kesan maulidurrasul yg antum raikan setiap tahun dengan lagu2, nasyid2, Sungguh, masyarakatku telah kembali KUNO, dan sungguh aku malu dengan ITU.
Kata kami cinta nabi, kami sayangkan sunnah, di dalam khutbah pun ada selawat atas nabi, khatib ada cakap kita kena tegakkan alquran dan sunnah, TAPI, mcmana nak tegak sunnah kalau x bace hadith? ALLAHulmustaa'n.
Sedih, sebak, inilah masyarakat yang dipandu oleh pemimpin JAHIl, menaiki kenderaan KUNO,menuju gagasan 1 Malaysia yang berakidahkan asyairah dan bermazhabkan Syafie versi Melayu.

Aku seru, anak2 muda, siapa yang sayangkan bangsa, agama,
ayuh kita!,
maju kita!
dalam jamaah,
kita tegakkan as-Sunnah,
agar gagasan 1 Malaysia, boleh kita capai,
as-Sunnah didahulukan, pencapaian diutamakan.
InsyALLAH ,


No comments: