Sunday, August 29, 2010

Aku bukannya MALAIKAT,

Ummi, Abah, Cikgu, Teman, Rindu,

Anakmu, Anak muridmu, Sahabatmu, Rindumu,
Seorang manusia biasa.

Aku melakukan kesalahan dan aku melakukan kesilapan,
Aku melakukan maksiat dan keinkaran,
Aku berdosa dan berdosa.

Aku tahu ramai yang tidak YAKIN denganku,
Ramai yang tidak percaya padaku,
Yea, memang aku tak mampu BERUBAH, memang aku tak mampu menjadi SOLEH,
Jikalau TANPA pertolongan TUHANKU.
Jangan kalian mempertikaikan niat seseorang untuk berubah,
Jangan sesekali,
Kerana SUNGGUH dia itu bahkan lebih mulia dari kalian,
Kerana walaupun dia tahu dia tidak mampu, namun dia TETAP mencuba.

Manusia,
Aku seorang manusia Ummi,
Anakmu seorang MANUSIA,
Pelajarmu seorang MANUSIA, Cikgu
Aku seorang MANUSIA, Sahabat.

Tidakkah kalian ingat HAKIKAT manusiaaa?
Berbuat KESILAPAN perkara biasa,
Namun yang membezakan manusia ialah,
Nilai TAQWA yang berbeza,
Kapan kerapkah dia BERTAUBAT, itulah yang membezakan KITA.

Imanku, iman MANUSIA,
Sungguh bukan Imanku, imannya para MALAIKAT :)

Imannya MANUSIA itu = Naik dan Turun

Imannya MALAIKAT itu = Tetap

Pahamilah situasiku ini,
Aku ini MANUSIA, sama seperti kalian,
Cuma, Aku ini tidaklah seKUAT kalian,
Kalian mampu melakukan, tidak semestinya aku.

Aku bukannya Malaikat, :)Aku

Friday, August 27, 2010

Cinta, kau ingin pergi jua :'(

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Cinta, pabila kau datang dulu,

Ku tulis buatmu sajak rindu,

Terasa baru seminggu ku berbuat begitu,

Kini,kau sudah mahu pergi meninggalkanku,

Dan kini,aku menulis buatmu sajak pilu,

Harus ku tahan rindu,mengharungi bulan bulan mendatang tanpa kamu,

Sedih,pilu,hiba siapa yang tahu,

Saat kau dan aku,

Bersama mengagungkan Pencipta-mu,

Kini,hanya aku

Tak ku sangka kau begitu cepat ingin meninggalkanku,

Ramadhan,cintaku,

Cintaku padamu,ketagih sungguh dirimu,

Ku dahagakan Kasih Sayangmu,

Ramadhan kekasihku,

Telah rugi orang yang tidak mencintaimu,

Dicintanya dunia,bukan kamu

Sedangkan kau telah datang padanya,dianggapnya debu,

Celaka dan celaka dan celakalah,orang yang pabila kau berlalu,

Tidak dia diampunkan dosanya bagai bayi yang baru,

Sungguh, jangan KAU golongkan aku dalam golongan itu wahai Tuhan pencipta Rindu,

Sungguh,aku tidak mampu,

Menanggung neraka, rumah dan tempat tinggal orang yang tidak diampunkan olehMU,

Sayu hatiku, pilu , kaku anggotaku,

Saat mendengar Takbir Raya, Adik kepadamu

Bulan di mana, musuh musuh laju ,tidak lagi dibelenggu

Bulan di mana,Rumah Tuhan-mu kembali berdebu,

Ditinggal menjadi balu,

Oleh manusia berhati batu,

Insaf mereka Palsu dan Palsu,

Sungguh,jangan KAU golongkan aku bersama orang yang Palsu,

Ke atas KAUlah urusanku,

Kau jualah yang tahu, rindu,pilu, sayu hatiku,

Akan Ramadhan, Cinta Wasilah-ku, untuk menuju,

WAJAH,ZAT yang sebenar benarnya aku rindu,

Ramadhan, kau rinduku,kasihku,cintaku,

Jangan kau tinggalkan aku bertepuk sebelah tanganku,

Terimalah Cinta yang telah ku curahkan selama ini Ya Allah,

Kepada engkaulah,kembalinya segala rindu dan pilu.











PENCINTA SENI
270810
17 Cinta 1431
Diariabbas.blogspot.com

Klimaks Ramadhan,

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

AssalamualaikumwarahmatuLLAHiwabarakatuh,

“Setiap yang datang pasti akan pergi, dan setiap yang akan datang itu dekat”

Ramadhan yang datang pasti akan pergi, dan AJAL yang akan datang itu dekat.

Setiap perkara pasti ada kemuncaknya, dan bagi Ramadhan itu KLIMAKS-nya sendiri.Iaitu pada 10 hari terakhir Ramadhan.Ramai manusian menjadikan 1/3 awal ramadhan itu sebagai KLIMAKS-nya, begitu kita lihat, Masjid dan Surau, dibanjiri dengan manusia.Tetapi,apabila tiba KLIMAKS sebenar Ramadhan, mereka berpaling pula, membanjiri lebuhraya lebuhraya untuk pulang ke Kampung.Sungguh rugi orang yang diRUGIkan daripada Fadhilat KLIMAKS Ramadhan.Bahkan, ada sekelompok manusia lagi yang bersuka ria dengan kehadiran Hari Raya sedangkan pada dasarnya dia sama sekali tidak LAYAK untuk merayakan hari Raya umat Islam.


Saudara, berapa ramai orang yang berlalu 2/3 Ramadhan-nya di dalam kebaikan, di dalam ketaatan Allah. Tilawah, Solat Sunat, Sadaqah, amalan harian sepanjang Ramadhan. Namun, berapa ramai juga orang yang berlalu 2/3 Ramadhan-nya di dalam kemaksiatan dan kelalaian? Mereka berlapar dan dahaga, mereka memperkecilkan RAMADHAN, menghinakan orang orang yang BERAMAL baik, tangan mereka terlalu KEDEKUT,untuk bersadaqah.Sungguh, orang orang begini tidaklah Syaitan itu MUDHARAT baginya.Kerana, dia semasa Syaitan dibelenggu itu SAMA seperti dia yang ketika Syaitan tidak dibelenggu.Maka, hanya ke atas Allah sahaja-lah kita berserah diri.


Ikhwah fiLLAH,
Sungguh, ALLAH tahu hambaNYA jikalau diganggu Syaitan, mereka akan KALAH. Lalu DIA turunkan RAMADHAN. ALLAH juga tahu dan paham,hambaNYA banyak melakukan dosa,lalu DIA membuka pintu keAmpunan. Namun, manusia masih lagi tidak tahu dan tidak paham dan TAAT akan tuntutan ALLAH.Namun, tidak mengapa. ALLAH tahu masih ramai manusia tidak mendapat apa apa daripada hidup mereka, lalu ALLAH dengan kasih sayang-Nya, DIA turunkan sebuah MALAM yang lebih baik daripada 1000 malam @ 83 Tahun.Namun, dalam ALLAH tahu dan paham akan hamba-NYA.Masih ramai hambaNYA yang tidak mahu mengendahkan Kasih Sayang ALLAH ini.Sungguh, hanya ALLAH yang mampu memberi HIDAYAH.


لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ [٩٧:٣]

“Laylatul-qadr itu SUNGGUH,lebih baik daripada 1000 bulan”
تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ [٩٧:٤]

“Turunlah Malaikat dan juga Ruh (Jibril) pada malam itu dengan izin Allah”
سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ [٩٧:٥]

“Keselamatan dan kesejahteraan sehinggalah terbit Fajar”



Ikhwah,

Mengapa 10 malam terakhir sering dikaitkan dengan Laylat-Qadr?
Ketahuilah sesungguhnya, 10 malam terakhir itu bermanfaat dan penting, bukan kerana dirinya sendiri, Namun kerana Laylat-alQadr yang TINGGAL di dalamnya.
Semua persoalan yang ada di dalam benak hati kita itu tidaklah berguna jika tidak disertakan AMAL dengan segala yang telah kita tahu tentang Laylat-alQadr ini.
Kita masih lagi berada di bulan Amal, Qura’n dan Zikr.Jadi, tidak lain dan tidak bukan lagi amalan yang sepatutnya kita lakukan itu masih tetap sama seperti yang dilakukan di awal Ramadhan lalu,Cuma:

Aisyah radiALLAHuanha berkata: “ Nabi sallALLAHUalaihiwasallam berusaha (Memperbanyakkan) Ibadahnya di 10 hari terakhir Ramadhan lebih daripada hari-hari lain”

Dan di dalam hadith lain pula,
“Apabila masuk 10 hari terakhir Ramadhan,Nabi sallALLAHualaihiwasallam memperkuatkan ikatan perutnya dan membangunkan ahli keluarganya”

Ibadah dan Amalan di 10 Hari Terakhir RAMADHAN

1. I’tikaf:
Aisyah berkata:” Adalah Nabi sallALLAHUalaihiwasallam beri’tikaf di 10 hari terakhir hinggalao baginda wafat”

2. Ihya’ (Penghidupan) Malam:
Aisyah berkata lagi: “ Apabila masuk 10 hari terakhir Ramadhan, sallALLAHualaihiwasallam menghidupkan malamnya”

Syekh Utsaimin berkata: Dan zahir hadith ini memberi maksud, Nabi sallALLAHualaihiwasallam menghidupkan malam seluruhnya.

Namun, Aisyah berkata: “ Tidaklah aku tahu bahawa baginda berjaga(Hidupkan) malam itu seluruhnya sehingga pagi”

3. Membangunkan Ahli Keluarga:
Di dalam Muwattha’: “Adalah Umar bersolat pada waktu malam beberapa waktu yang ia kehendaki, lalu apabila sampai malam pada pertengahannya, dia membangunkan keluarganya SELURUHNYA untuk solat.”

4. Memburu Laylat al-Qadr
Nabi sallALLAHUalaihiwasallam bersabda: “ Burulah laylat al-Qadr di hari-hari GANJIL pada 10 malam terakhir Ramadhan”

Misi Utama = Memburu laylat al-Qadr
Ulama’ meringkaskan bahawa Laylat al-Qadr MUNGKIN akan jatuh pada malam GANJIL dan

Ulama’ juga mengatakan bahawa saban tahun, laylat al-Qadr itu berubah harinya.

Lalu, bagaimana kita hendak memastikan bahawa kita TERJAMIN akan Fadhilat laylat al-Qadr ini?
Ulama telah pun menjawab pertanyaan kita ini:

“Hendaklah ia memburunya pada setiap malam daripada 10 malam terakhir Ramadhan dan menghidupkan setiap malamnya untuk MENJAMIN kita akan Fadhilatnya dan untuk keluar dari Khilaf para ahli ilmu akan bilakah Laylat al-Qadr itu”
Ikhwah sekalian,
Beramallah pada setiap malam daripada 10 malam terakhir itu, seakan akan setiap malam itulah laylat al-Qadr.Kerana, ia sama sekali tidak akan merugikan bahkan menguntungkan kita sendiri kerana mungkin Allah sedang menguji keikhlasan diri kita.Sudah pasti, jika 10 malam terakhir itu kita hidupkan,dengan IKHLAS,dengan IKHLAS dan dengan IKHLAS, maka kebaikan Laylat al-Qadr itu insyALLAH sudah kita perolehi.


Kesalahan –kesalahan Pada 10 Hari Terakhir


1.Berasa lemah untuk Ibadah: Sepertimana yang kita lihat, berapa ramai orang yang amat DAHSYAT ibadahnya pada awal Ramadhan apabila tiba di penghujungnya,semakin berkurang minatnya dan semakin minatnya pada Hari Raya yang bakal menjelma.Maka, orang begini telah benar benar RUGI.

2. Menghidupkan Malam 27-Ramadhan SAHAJA: Fenomena yang sering kita lihat saban tahun ialah Masjid PASTI akan penuh pada malam tersebut SAHAJA.Sungguh,mereka telah ditipu Hawa Nafsu mereka sendiri.Kerana,laylat al-Qadr itu berubah saban tahun.

3. Tidak beri’tikaf

4. Membuang masa ketika beri’tikaf: Bersembang kosong di kebanyakan masa dsb.
Saudara sekalian,

Bulan apakah yang lebih mulia daripada Ramadhan?

Malam apakah yang lebih mulia daripada laylat al-Qadr?

Orang manakah yang lebih RUGI daripada orang yang dijauhkan daripada Fadhilat
Ramadhan?

Orang manakah yang lebih RUGI daripada orang yang dijauhkan daripada Fadhilat laylat al-Qadr?

Gelaran apakah yang paling sesuai digelarkan bagi orang yang sudah tahu akan FADHILAT Ramadhan dan Laylat al-Qadr, namun masih menyiakan ia?

Sungguh, ikhwah fiLLAH,

Cendekiawan boleh menjadi dungu, ahli ilmu boleh menjadi JAHIL, apabila mereka memperoleh ‘A’ di dalam mata pelajaran Matematik, namun apabila mereka disuruh mengira PAHALA dan GANJARAN ALLAH,mereka di sisi ALLAH, digredkan dengan gred ‘E” bahkan ‘F’.Mereka tidak dapat menilai, sungguh HATI mereka telah TERKUNCI daripada Rahmat ALLAH, maka orang manakah yang lebih TERUK daripada orang yang hatinya TERKUNCI daripada Rahmat Allah? WALLAHUlmusta’an.


Telah Hampir Tiba Waktu Perpisahan


2/3 Ramadhan telah pun berlalu, kekasih Sebulan ini sudah hampir meninggalkan kita.Sungguh tidak terasa, pantas sungguh kau ingin meninggalkan kami. Sungguh, kami masih belum merasa puas denganmu, Ramadhan. Namun, hakikat kehidupan setiap yang datang PASTI akan pergi.
Bersedihlah, kerana siapa tahu ini mungkin merupakan Ramadhan TERAKHIR kita.Menangislah,kerana siapa tahu Ramadhan kali ini,telah ALLAH taqdirkan menjadi yang terakhir bagi seluruh Alam.Tanyalah diri kita,apakah sudah cukup amalan yang sedia ada?
Apakah sudah boleh kita bersuka ria, bergelak ketawa bersama ahli keluarga kita?Apakah kita sudah yakin bahawa kita tidak memerlukan Laylat al-Qadr?
Jika begitu, maka lakukanlah apa yang kita rasa benar dan janganlah MENYESAL di hari yang tiada penyesalan.
Saudara, ALLAH masih Sayangkan kita.
Allah masih inginkan kita berada di dalam Syurga-Nya.
Pintu Taubat Ilahi sentiasa terbuka, hanya kita yang SOMBONG,BONGKAK dan TAKABBUR menyagka diri sudah sempurna.


Beringatlah saudara, ini mungkin Ramadhan kita yang terakhir!

Manfaatkanlah KLIMAKS yang bakal menjelma ini.Habiskan segala tenaga,hidupkan malam-mu,kejutkan ahli keluarga yang lain.
Kerana kita tidak mahu ke Syurga bersendirian sedangkan ahli keluarga yang lain sedang di-Azab di Neraka.
Mungkin ini sahaja yang mampu diberi sebagai peringatan buat diri sendiri.
Namun ingin dikongsi bersama agar tiada yang terlepas dari Fadhilatnya.Segala kekurangan,mohon diampun.Segala kritikan,amat dialu alukan.Moga kita tidak diLALAIkan oleh Hawa Nafsu untuk menghadapi KLIMAKS yang mungkin merupakan KLIMAKS terakhir kita.Silakan diedar,diulang cetak dsb untuk tujuan Dakwah.

Sebagai kata kata akhir,
Ingin diingatkan wahai Saudara,
Ingatlah, dan ketahuilah
Bahawa Kau & Aku, kita serupa, semua kita adalah HAMBA ALLAH,
Bukanlah kita HAMBA RAMADHAN, tetapi kita cuma KEKASIH RAMADHAN.
Buktikanlah bahawa dirimu itu Hamba Allah, dengan ISTIQAMAH.
Raya yang bakal menjelma, jangan dilekakan DUNIA,
Begitu juga pada bulan bulan seterusnya sehinggalah kita bertemu RAMADHAN kembali,
Atau kita bertemu Tuhan pencipta RAMADHAN buat pertama kali.
Beringatlah, salin ingat mengingatilah kita pada kebenaran.
InsyALLAH.


WALLAHua’lam.













Saudara, di sini ingin turut dilampirkan Jadual Ibadah untuk dimanfaatkan di 10 hari terakhir Ramadhan:

Sebelum Subuh:
-Tahajjud
-Bangunkan ahli keluarga
-Bersahur

Selepas Subuh:
-Sunat dua rakaat sebelum subuh
-Pergi awal untuk solat Subuh
-Sibukkan diri denganDoa, Quran,Zikr dsb ketika menunggu solat
-Membaca Zikir Pagi
-Duduk beribadah,berzikir dsb sehingga Syuruq.Lalu bersolat dua Rakaat Syuruq
-Dhuha
-Tidur setelah selesai segala di atas

Sebelum & Selepas Zuhur:
-Solat sunat 4 rakaat sebelum Zuhur
-Solat sunat 4 rakaat selepas Zuhur
-Berzikir, Tilawah Quran
-Berehat sebentar

Sebelum & Selepas Asar:
-Solat 4 rakaat sebelum Asar
-Mendengar Kuliah/Tazkirah di Masjid
-Bersedia untuk menjamu orang berbuka puasa
-Berdoa sebelum matahari terbenam
-Membaca Zikir Petang

Sebelum & Selepas Maghrib:
-Duduk berzikir & berdoa ketika menunggu waktu berbuka
-Mempercepatkan berbuka dan menjamu orang lain berbuka
-Duduk di Masjid sehingga waktu Isyak

Sebelum & Selepas Isyak:
-Solat terawih SEMPURNA bersama Imam
-Tidur awal dan bangun pada pertengahan malam sehingga Subuh

Semoga Jadual ini dapat diikuti semuanya kerana semuanya bersumberkan Rasulullah SallALLAHulaihiwasallam.

*Semuanya diambil dari Hadith Shahih.
Bagi sesiapa yang ingin melihat kepada Hadith, bolehlah meminta kepada mana mana Ustaz atau boleh datang terus kepada PSP.

WALLAHua’lam :)

Wednesday, August 25, 2010

Aku lebih Sayang ALLAH, Sayaaang

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatuLLAHiwabarakatuh.

Ehm Ehm,
Post kali ini lebih bersifat PERIBADI,
Maka, bagi siapa yang mungkin tidak SUKA, maka, jauhkanlah diri anda :)


020510-240810 :)

Kita bercinta kerana NAFSU, kita berpisah kerana ALLAH :)
Luarannya kita tiada apa apa, tapi dalamannya aku masih mengagumimu.

Bukan mudah untuk mengubah, payah lagi ingin BERUBAH.
Namun, apakah yang menyebabkan aku INGIN berubah?

Kerana,

"Aku lebih SAYANG-kan ALLAH, Sayang"

Bukan aku BENCI, bukan aku BOSAN, bahkan aku dalam keadaan SAYANG, KASIH.
Mungkin ramai akan berkata, Aku HIPOKRIT.
Tidak mengapa, cuma TUHAN yang tahu :)

Tapi, mungkin juga kata kata mereka itu benar, berdasarkan pengalaman.
Mereka sendiri tahu, berapa kali sudah aku berniat ingin BERUBAH.
Namun, aku kembali menjadi Aku yang DULU.
Iyaaa, memang benar.
Tohmahan ini akan aku jawab di post yang seterusnya, insyALLAH.

Sayang, tidak aku tinggalkan kau KECUALI kerana Aku TAKUT Zat yang menciptakan kau MURKA akanku.
Tidak aku berhenti menghubungi kau, kecuali kerana Aku TAKUT kau dan aku tidak akan di-BERKATI lagi oleh ALLAH.
Dan, Tidak juga aku tinggalkan dikau, kecuali dalam keadaan Aku BERDOA agar ALLAH memperhalalkan hubungan kita suatu hari nanti.

Kerana, kita berpisah kerana ALLAH, Sayang. :)

Mungkin saat ini, kau masih memarahi aku.
Tidak mengapa, lumrah kehidupan.

Namun, aku akan kau ucapkan Terima Kasih,
Di saat kau mengerti, asbab musabab aku melakukan ini.
Kau suatu hari nanti, pasti akan memahami.
Tidak dalam masa terdekat, pada masa kau sudah mempunyai Anak nanti.
Kau akan tahu bagaimana rasa seorang IBU, kau akan tahu bagaimana rasa seorang GURU, kerana itu cita citamu <3.

Ramai pasti tertanya-tanya,
Apakah ikhlas aku ini?
Sungguh, tidak aku sendiri mampu menjawab pertanyaan ini.
Kerana, ALLAH lah yang hanya tahu :)

Kalau dikata, mengapa perlu aku melakukan begitu?
Sungguh KEJAM.
Nescaya, tidaklah aku mampu menjawab pertanyaan itu.
Namun, Hari Akhirat kelak bakal mengganti aku, menjawab soalanmu itu :)

Aku hanya ingin menjadi, "Aku yang Menurut Perintah".
Perintah siapakah yang aku ikuti?
Perintah Zat yang memberikan kita PILIHAN, namun ramai antara kita yang tersilap membuat pilihan.
Perintah Zat yang memberikan Ni'mat, namun sedikit antara kita yang BERSYUKUR.
Perintah Zat yang memberikan kita peluang HIDUP, namun sedikit antara kita yang benar benar HIDUP.
Perintah Zat yang mengurniakan Ibu Bapa kepada Manusia, namun berapa ramai Manusia yang tahu menghormati.

Sahabat-sahabat lain yang ku Sayangi juga,
Tak aku ingin berubah sendirian, sepertimana tidak Aku ingin menuju ke Syurga sendirian.
Tak aku ingin kalian menjauhkan diri daripadaku, kerana aku juga seperti kalian.
Sungguh, Aku juga sudah cuba mencari keRINGANan, agar HUBUNGAN aku di-Halalkan.
Sungguh, jika semua KITAB kau TEROKAI sekalipun, tidak akan ada yang membenarkan HUBUNGAN seprtimana yang kita lakukan.
Sungguh, aku juga SUSAH ingin meninggalkan 'NI'MAT' yang kalian sedang hayati bahkan sampai saat ini.
Ketahuilah, Ni'mat yang kalian sedang nikmati ini SEBENARNYA bukan milik kalian.
Bahkan ianya milik orang KAFIR di dunia ini, TETAPI, bagi kita di AKHIRAT kelak :).

Sahabat,

'Cinta pada berlawanan JANTINA pasti akan berpisah, sepertimana ADAM berpisah dengan HAWA, sepertimana NYAWA berpisah daripada BADAN, sepertimana laut MASIN berpisah dengan laut TAWAR, NAMUN, terdapat satu cinta, iaitu, CINTA kepada yang tiada JANTINA, bukanlah LELAKI IA,bukan juga WANITA.Cinta Lelaki dan Wanita kepada si DIA, pasti tidak akan berpisah, kerana dia bukanlah LELAKI, bukan juga WANITA.Kau pasti takkan ditinggalkannya,kerana DIA bukanlah berlawanan jantina denganmu"
Ingatlah kata kata sahabatmu ini, :)

Pasti, ramai yang akan melabel aku dengan berbagai Labelan.
Namun, tidaklah aku takut.
Kerana, AKU BERANI memberitahu AIB-ku, demi untuk Para pembaca.
Tidak aku takut dipandang RENDAH selepas ini kerana aku pernah berCINTA.
Namun, aku akan lebih BERANI, kerana, AKU yang SEBENAR telah KEMBALI.
Aku, kembali SETIA kepada cinta ILLAHI.
Bersama kekuatan yang diperoleh daripada perubahan ini, Aku PASTI bangkit, memperbaharui UMMAH, bukan MEMPERKUCARKACIRKAN ummah ini :)

Allahuakbar, tangisan MALAM semalam, pada
1130 Malam, Malam ke-15 Ramadhan, 24 Ogos 2010.
Bukanlah tangisan SEDIH untuk meninggalkan DOSA,
Namun, tangisan itu TANGISAN Pengembalian aku,
Tangisan RINDU kepada NUR Ilahi, Tangisan menandakan PERUBAHAN aku sudah BERLAKU dan akan terus BERLAKU.
Tangisan kesyukuran, kerana masih ada BIDADARI seperti kamu.

WALLAHUA'LAM.
Akan disambung nanti,insyALLAH.

Assalamualaikum, :)

Thursday, August 19, 2010

Mungkin kerana kita terlalu sering memarahi,

Assalamualaikum,

Artikel ini mungkin akan dilabelkan orang sebagai berat sebelah dsb.

Artikel ini berkisar tentang SIFAT kita yang sering suka memarahi orang membabi buta.

Ketahuilah saudaraku sekalian,
Sifat MARAH memang telah ALLAH tanamkan di dalam hati setiap seorang daripada kita.
Namun, ALLAH juga telah memberikan contoh dan cara untuk mengawal marah pada diri Rasulullah.
Sungguh, ALLAH telah menjanjikan bagi setiap PENYAKIT itu ada PENAWAR nya.
Dan, penawar bagi MARAH adalah SABAR :)

Lisan mudah mengucap SABAR, namun hati SUSAH mahu menerimanya.

Saudaraku sekalian, bukanlah aku ingin mengajar kalian cara untuk mengawal marah.
Kerana sudah sering kali kita di MOTIVASI perihal MARAH ini.
Namun, niatku hanyalah ingin kalian PAHAM, ARIF tentang MARAH ini.

Contohnya,
Mudah sekali seorang Guru itu ingin memarahi anak muridnya,
Bahkan ia memang LAYAK untuk berbuat demikian.
Namun, ketahuilah, MARAH guru itu hanya boleh memuaskan NAFSU-nya.
Tidak lebih dari itu, tidak pelajar itu berubah.
Bahkan, ia akan MEMBERONTAK.


Seorang manusia,yang bergelar Daie,
Haruslah memikirkan kesan akibat sesuatu perlakuan yang ingin dilakukannya.

Mungkin kita pernah tertanya-tanya,
Mengapa dia benci kepada aku?
Kenapa dia degil?
Kenapa dia seperti tidak menghormati aku?

Tajuk artikel ini, itulah jawapan bagi semua soalan di atas.

Ikhwah fiLLAH,
Jangan disebabkan NAFSU kita sesat,
Jangan disebabkan NAFSU kita zalim,
Jangan disebabkan NAFSU kita binasa.

Ketahuilah, jikalau ALLAH taala suka akan PEMARAH,
Nescaya Rasulullah akan menjadi orang yang paling kuat marahnya.
ALLAH yang telah menciptakan manusia, dan DIA tahu akan sifat manusia ini.
ALLAH tahu bahawa manusia tidak suka dimarahi secara MEMBABI BUTA.

Namun, ALLAH juga tidak mengharamkan MARAH :)
Jadi, berpada pada lah dengan MARAH ini.
Sungguh, hati manusia itu bahkan lebih FRAGILE daripada kaca.
Jagalah HATI orang lain, agar hati kita turut dijaga.
Berwaspadalah, dan jika kita telah tersilap.
Mohon maaflah, jangan biarkan EGO mempengaruhi HATI. :)


*Artikel ini hanya sekadar ingin mengingatkan :)

Mungkin Kerana Kita Terlalu Sering Memarahi,

Thursday, August 12, 2010

Sijil terbaik ialah sijil jalanan,

Assalamualaikum, :)

Tajuk agak pelik, namun isi yang menarik insyALLAH.

"Sijil terbaik ialah sijil jalanan"
Sungguh telah benar kata kata ini.

Diploma, Degree dan sebagainya, jika dipelajari di Universiti Jalanan,
Maka sijil itulah sijil yang terbaik.

Mungkin orang ramai suka menyangkal FAKTA ini, tapi memang inilah yang sebenar benarnya pada ZAMAN ini :)

Orang yang Sosial-Fobia, ialah orang yang paling tidak tahu hakikat ZAMAN ini.

Aku dahulu, seorang yang begitu juga.
Namun tidak lagi kini, aku bebas bergaul dengan masyarakat sepertimana yang dituntut.

Sebuah kisah yang mungkin kita terlepas pandang, kisah ini berlaku pada Aku petang 2 Ramadhan 1431 tadi.

Aku menemani sahabatku pergi memotong rambut, di sebuah Unisex saloon di Ampang.
Hair stylistnya LELAKI, harganya RM10.
Ketika aku sedang bosan menunggu, aku terliaht sebuah kejadian yang amat mengagumkan.

Semua maklum, Pusat pusat Salun, Hair stylist wanitanya memang sudah cukup STYLE.
Pakainnya sahaja sudah boleh membatalkan puasa, SUNGGUH.
Namun, masih ada sesuatu perkara baik yang aku lihat, yang kadang kadang aku merasakan bahawa mereka ini lebih baik daripada orang orang yang baik.
Seorang stylist wanita, amat mengagumkan.
Seorang pengemis, kanak kanak kecil, mungkin seorang anak yatim lalu di hadapannya.
Dia pun merenung dan terus merenung kelibat kanak kanak kecil yang sungguh comel itu.
Lalu dipanggilnya ia, aku mula terkejut.
Aku menyangka bahawa si Wanita akan memarahi dan memaki hamun pengemis tersebut kerana berulang alik di hadapannya, namun TIDAK.
Dia memulakan bicara,
Adik, esok jumpa kakak ye, kakak nak belikan baju raya. Katanya.
Lalu disampuk seorang rakannya, dia tak faham Melayu.
Wanita tadi pun, bercakap dalam bahasa isyarat sambil menunjuk nunjuk baju yang dipakai pengemis tadi.
Lalu, terserlahlah kegembiraan di wajah Adik tadi, tersenyum lebar dia.
Sungguh, aku terharu melihat perbualan mereka.

Ya ALLAH, kau berilah Hidayah-Mu, dan masukkanlah Wanita tadi ke dalam Syurga-Mu kerana perbuatannya tadi, sepertimana kau masukkan ke Syurga, wanita yang banyak dosanya ke dalam Syurga-Mu, hanya kerana dia memberi minum air kepada Anjing. Ya ALLAH, sesungguhnya Adik pengemis itu lebih mulia daripada Anjing, dan Wanita itu nescaya telah melakukan sesuatu yang lebih mulia.Maka kau berilah dia Ganjaran yang setimpal. Amin Amin Amin :)

Mungkin kita akan berburuk sangka dengan mereka ini, golongan JALANAN.
Mereka berpakaian Seksi, berkerjaya yang tidak HALAL, lalu dengan pantas kita menghukum mereka bahawa mereka ini orang orang yang ROSAK AGAMA, SAMPAH MASYARAKAT!
Tidak semudah itu, wahai Ikhwah sekalian :)
Ingatlah kisah wanita yang dimasukkan Syurga kerana memberi minum seekor ANJING.
Sungguh, manusia ZAMAN ini telah ditipu Syaitan. Mereka menjauhkan diri daripada golongan ini, mereka JUMUD!
Mungkin, hati mereka ini lebih SUCI daripada hati hati kita wahai Sahabat.

Sungguh, telah benar bahawa, Sijil Terbaik Ialah Sijil Jalanan :)

Monday, August 9, 2010

Tanah Haram,

Assalamualaikum,

Cerita kali ini mungkin agak peribadi, namun tidak mengapalah :)

Malam tadi, ketika aku sedang makan makan bersama Keluarga di Kayu Restaurant.
Aku terdengar perbualan Ummi dan Abangku, aku pun menyampuk.

Rupa rupanya mereka sedang berbual tentang Program Rabithah Alam Islami.
Aku pun mula berminat dan terus bertanya tentang Program itu.
Rupanya, Prog itu merupakan program tahunan.
Prog itu, mereka menaja pembelajaran di Tanah Haram selama 10 bulan, seperti kursus begitu.
Aku mula TERTARIK, sangat tertarik.
Memang sudah jadi angan angan aku untuk belajar di situ,
Aku pun mendengar cerita Ummi, segala cara cara dan syarat aku teliti mendengar.
Pulang ke rumah, aku terus mencapai Telefon Ummi dan menelefon Ustaz yang memberitahu tentang Prog ini, untuk butiran lanjut.
Namun, aku dikecewakan, dia sedang sibuk.
Hati aku sudah mula celaru,gelabah.
Aku ingin cepat,
Kerana menurut Ummi, Tarikh Akhirnya ialah KHAMIS ini.

Aku mula menghubungi kenalan kenalan, untuk meminta TAZKIYYAH dan Surat Sokongan.

Namun, sekali lagi, kekecewaaan yang amat dahsyat aku hadapi.
Aku dimaklumkan oleh seorang sahabat, bahawa Permohonan utk Prog ini sudahpun tutup.
Sadis sekali, kegembiraan ku hanya berakhir buat sebentar sahaja. Kurang daripada 1 jam :(

Ku tidak ingin cerita panjang lebar.
Orang tidak tahu betapa aku ingin pergi ke sana, lebih daripada orang lain.
Aku merasakan bahawa Aku lebih layak untuk ke sana, bukannya orang orang kaya yang mampu ke sana hampir setiap tahun.
Sungguh, kekecewaaan paling dahsyat ku alami.

Tidak mengapa,
Wahai Tanah Haram, WALLAHI, WABILLAHi, WATALLAHI, akan aku jejakkan kakiku yang hina ini, jika aku mempunyai kemampuan :)

Kesimpulannya, mungkin Tanah Haram masih belum mahu menerima orang yang banyak berdosa ini .