Thursday, July 29, 2010

Sebelum Berpuasa,

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ [٢:١٨٣]
“Wahai orang-orang yang beriman, telah DIWAJIBKAN ke atas kamu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang orang sebelum kamu, agar kamu BERTAKWA”

Ramadhan, sering kali para Ustaz berceramah tentangnya. Namanya itu, lebih masyhur daripada para ustaz yang bercerita tentangnya. Timbul persoalan, siapakah RAMADHAN ini? Apakah yang menyebabkan ia disebut-sebut, di kenang kenang?
Ikhwah sekalian, ketahuilah sesungguhnya Ramadhan ini ialah suatu FENOMENA bagi orang yang beriman. Fenomena yang amat dirindui oleh orang beriman. Pada bulan inilah, sistem sistem sedia ada BERUBAH, malam yang dahulunya sunyi, kian riuh dengan ZikrulLAH. Siang siang yang dahulunya riuh dengan perkara perkara yang tidak berguna, kini ia masih lagi riuh, tetapi dengan Asma’ Allah.
Namun, FENOMENA ini, hanya berlaku dan terjadi kepada orang orang beriman SAHAJA. Zaman dimana RAMADHAN dianggap fenomena, dirindui, ditangisi sudah hanya tinggal kenangan. Ramadhan tidak lebih hanya sekadar bulan persiapan bagi menghadapi Syawwal.
Syair arab ini, mungkin boleh mengembalikan ‘MOOD’ Ramadhan kita:
“ Wahai jiwa –jiwa yang diselaputi dosa pada bulan Rejab,
Bahkan, pada bulan Sya’ban juga ia mahu bermaksiat kepada Tuhannya,
Sudah pasti, setelah kedua bulan itu berlalu akan membayangimu bulan Ramadhan,
Maka janganlah ia juga digelar Bulan Maksiat,
Bacalah al-Quran dan berzikirlah,
Kerana sesungguhnya ini bulan Quran dan Zikr”
Ikhwah fiLLAH,
Berapa ramai Sahabat kita yang bersama sama menyambut kedatangan Ramadhan pada tahun yang lalu, kian sudah meninggalkan kita?
Mungkin jawapan kita “Takda pun” Mungkin soalan ini lebih patut dijawab oleh golongan yang berfikiran begitu “ Apakah kamu tahu bila tiba ajalmu?” “Apakah amalanmu yang hanya menghafal quran itu CUKUP untuk melepaskan kakimu daripada dijerut NERAKA?!”
Fikirlah, sesungguhnya manusia itu dikurniakan AKAL, maka janganlah kita tergolong dalam golongan ini,
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
“Dan sesungguhnya, akan kami isikan Jahannam itu ramai dari kalangan Jin dan Manusia, mereka mempunyai Hati (Akal) tetapi tidak digunakan untuk memahami ayat-ayat Allah,dan bagi mereka mata,namun mereka tidak melihat dengannya,dan bagi mereka telinga, tetapi mereka tidak mendengar dengannya, mereka itulah seperti BINATANG,bahkan mereka itu lebih sesat, merekalah orang –orang yang lalai” (al_a’raf:179)
Sahabat, sungguh ALLAH telah menyediakan bagi antum Syurga dan Neraka. Dan ALLAH tidak hanya membiarkan kita terpinga-pinga mencari Syurga.Namun, Allah telah membekalkan kita dengan PELUANG-PELUANG yang banyak, antaranya, bulan RAMADHAN. Namun, untuk menghadapi bulan ini perlu PERSIAPAN yang rapi. Dan, lebih Afdhal jika Artikel ini dapat membantu antum dalam mempersiapkan diri bagi menghadapi Ramadhan.
Persiapan Pertama :
قالت عائشة رضي الله عنها : ما رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم استكمل صيام شهر إلا رمضان ، و ما رأيته أكثر صياماً منه في شعبان
“Aisyah berkata : Tidak pernah aku melihat Rasulullah sallaLLAHualaihiwasallam berpuasa sebulan penuh kecuali RAMADHAN, dan tidak pernah aku melihatnya berpuasa lebih banyak daripada Sya’ban”
Mempersiapkan diri kita dengan Puasa di bulan Sya’ban bakal membantu di bulan Ramadhan.Tubuh manusia tidak mampu menanggung perubahan drastik, begitu juga Akal dan Fikiran manusia.




Namun,
أنّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ( إذا انتصف شعبان فلا تصوموا)
Rasulullah sallaLLAHualaihiwasallam bersabda “ Jika telah sampai sya’ban pada pertengahannya, maka janganlah kamu berpuasa”
Larangan ini terjadi apabila pada awal bulan Sya’ban tidak dibiasakan berpuasa. Namun, jika seseorang itu telah pun biasa berpuasa pada awal Sya’ban, maka diharuskan baginya untuk meneruskan puasanya walaupun di pertengahan Sya’ban yang kedua.Namun, puasa Isnin dan Khamis tidak termasuk dalam larangan ini jika antum telah biasa berpuasa Isnin dan Khamis sebelum ini.
Mungkin sudah terlambat bagi yang masih belum mula berpuasa untuk berpuasa, namun masih banyak lagi amalan yang boleh dibuat seperti mula memperbanyakkan bacaan al-Quran dan beribadah lain.
Rasulullah sallaALLAHUalaihiwasallam pernah bersabda
“( خذوا من العمل ما تطيقون ، فإن الله لا يمل حتى تملوا )”
“Beramallah setakat apa yang kamu mampu, kerana Allah tidak pernah Jemu sehinggalah kamu yang Jemu”
Persiapan kedua :
Bertaubat kepada yang Maha Mencintai
(إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِين )
“Sesungguhnya, Allah amat menyukai orang orang yang bertaubat dan yang menyucikan diri” Albaqarah:222
Marilah kita berfikir sejenak, apakah kita akan membantu, menyayangi orang orang yang bebuat salah terhadap kita, namun tidak mahu meminta maaf, sama seperti cara kita membantu dan menyayangi orang-orang yang juga berbuat salah, namun mereka meminta maaf?
Maka, janganlah antum hairan mengapa Allah tidak menerima Doa antum. Jadi, bertaubat Nasuha sebelum tibanya Ramadhan itu amatlah diharuskan, agar Ramadhan kita nanti diberkatiNYA.
Moga artikel ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.Sungguh,bukanlah niatku untuk Takabbur. Namun, ini semua dilakukan demi Maslahat Ummah ini.Moga kita dapat bersiap siaga bagi mengahadapi FENOMENA ini.Segala silap dan salah,moga ditegur.Artikel ini boleh diubah suai,di cetak semula dan sebagainya bagi Tujuan Agama.WALLAHua’lam. Kalau artikel ini tidak dapat membantu antum,carilah inisiatif lain.Tetapi,janganlah leka dan lalai.Sungguh,Ramadhan tidak memerlukan kita,Tapi,kitalah yang amat memerlukan Ramadhan 

Buat Kekasih,

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Cinta itu seharusnya setia,

Tiada yang suka kekasihnya datang dan pergi,

Namun tidak bagiku,

Ketika kekasihku pergi...rindu,

Namun pabila ia kembali...tambah Sayang,

Kekasih sejati-ku Ramadhan, akhirnya kau kembali jua,

Aksara kata tidak mampu,

Menyifatkan rindu-ku padamu,

Allah...Hamba-MU ini tidak tahan lagi,

Suasana malam bersama kekasihku amat dirindu,

Sudah pasti, malamku akan lebih menarik denganmu di sisi,

Tidak lagi di atas katil,

Di atas tikar sejadah,aku berkhalwat,

Dengan harapan kau mendengar,

Oh Allah....

Sungguh ajaib kekasih yang kau kurniakan ini,

Sungguh, ia lebih ku tagih daripada harta dunia,

Kekasih yang merubah,

Yang boleh mengalirkan air mata para pencintanya,

Kekasih ini dikurniakan oleh Kekasih yang Agung,

Sebagai wasilah untuk bertemu Kekasih yang...

Hadiah-Nya, amat diperlukan para hamba-Nya,

Wajah-Nya itu.....ingin dilihat,

Terima kasih wahai Kekasih,

Kekasih sebulan yang Kau kurniakan ini,

Amatlah kami perlukan,

Pencinta Seni
280710 / 16071431

Friday, July 16, 2010

Nafsu, salahkah NAFSU?

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh :)

Tajuk yang akan dibawa pada hari ini agak BESAR dan DALAM maksudnya.
Namun, saya SEDAR bahawa insan ini bukanlah yang LAYAK untuk menulis tentang perkara ini.
Namun, saya sama sekali tidak pernah peduli akan perkara itu.
Saya yakin dengan ILMU saya yang sedikit, saya ingin sampaikan.

Allah taala sendiri, yang mencipta kita telah memberitahu bahawa NAFSU itu memang DIA ciptakan.
Dialah yang mencampakkan di dalam Jantung manusia, NAFSU.

Namun begitu, Nafsu yang bagaimanakah yang telah Allah campakkan itu?

Baik buruk NAFSU kita, bergantung pada diri kita sendiri.
Allah telah mengilhamkan Fujuraha wa Taqwaha.
Tugas kitalah untuk merukunkan nafsu kita ke arah keBAIKan, ini bukan salah ALLAH.
Ini salah MANUSIA itu sendiri, DURJANA sungguh manusia ini, sehingga sanggup dia menyalahkan TAKDIR, menyalahkan ALLAH secara tidak langsung.
Demi Allah, jikalau Muhammad Sallallahualaihiwasallam masih hidup, Ibrahim alaihissalam juga masih ada, nescaya akan DIPENGGAL leher manusia yang berkata begitu, dan adalah aku, TERMASUK di dalam Jalan atau Millah Ibrahim :)

Salahkah mempunyai NAFSU ini?
Jawapannya, TIDAK sama sekali.
Nafsu itu sendiri tidak bersalah,
Innakum Zalamtum Anfusakum, Kamu menzalimi diri kamu sendiri.

Setiap LELAKI SEJATI, mereka akan CENDERUNG kepada wanita dalam segala bentuk sepertimana yang Allah FITRAHKAN. Harus dibezakan FITRAH dan juga NAFSU.
Cenderung, minat, berasa TERANGSANG, TERGODA ,TERPESONA, ini ialah FITRAH manusia.
Ini ialah FITRAH, bukannya NAFSU.
Namun, FITRAH manusia, kalau disalah alurkan, maka di situlah NAFSU kita mengambil bahagian, pada masa itulah ia berperanan.
Jikalau NAFSU seseorang LELAKI itu baik, dia pasti akan TERANGSANG apabila melihat wanita, namun, ianya disalurkan ke Jalan yang benar, NIKAH.
Namun, jika nafsu yang Ammaratun bissu', dia akan MENDORONG sesorang itu berlaku maksiat, dengan mencari PELACUR dsb.

Kesimpulan daripada topik ringkas ini ialah,
Setiap orang mempunyai NAFSU,
dan jangan dilupakan JUGA, setiap orang melakukan KESILAPAN,
Allah sendiri tidak mengisytiharkan Perang terhadap HambaNYA yang tersilap, siapakah kita?

Saudaraku yang ku cintai, Jangan anda suka menghukum orang lain, kerana anda masih belum melalu apa yang dia lalui,ataupun anda masih tidak memahamai seperti apa yang dia pahami, dan HARUS anda ingat bahawa ALLAH itu Adil, hambaNya yang dikasihi, akan diUJI.
Ingatlah pesanan saya ini " Jangan anda disibukkan dengan memikir tentang NAFSU orang lain, kerana SEMUA dari anda mempunyai NAFSU, maka jagalah NAFSU kamu terlebih dahulu"
Mungkin SAHABAT anda diuji dengan Wanita, anda SIBUK memikirkan tentangnya, anda mengambil langkah langkah KARUT yang anda sangka bagus.
Anda pergi ke Keluarga, orang Atasan mereka bahawa mereka ini begini begini,
Namun anda tidak sedar, bahawa di situlah anda diUJI, kelemahan anda ialah anda suka MENGUMPAT, di situlah NAFSU anda cendorong.Sama seperti orang yang cendorong kps Wanita.
Kecondorongan itu bergantung pada diri amsing masing.

Akhirulkalam, Nabi sallallahualaihiwasallam pernah bersabda : Sebaik baik NAFSU ialah yang mengikuti jalan Islam ini. Au kama Qaaal.

Wallahua'lam.
Renungkan,
Wassalamualaikum, :)

Thursday, July 15, 2010

Hina sangatkah pembuat dosa ?

AssalamualaikumwarahmatuLLAHiwabarakatuh,
Moga pembaca semua di dalam Rahmat Illahi.

Hina, sebuah perkataan melayu yang boleh membawa maksud penghinaan dan juga boleh membawa maksud kelebihan.
Tetapi, apakah DEFINISI sebenar Hina ?
Siapakah yang berhak menghinakan seseorang ?

Kita terus ke perbincangan, Hina Sangatkah Pembuat Dosa ?

Saya mungkin tidak akan mengulasnya dari sudut agama, dalil dalil dsb.
Tetapi, ada soalan yang ingin saya kemukakan.

Adakah seorang pembuat dosa itu, dilucut Hak Hak nya?

Apakah sampai Salam nya tidak dijawab?
Sehinggakan MENGUMPAT itu tidak lagi berdosa jika yang diumpat itu dia?
Sehingga dia tidak lagi dianggap seperti manusia lain?

Inikaaah SIFAT dan AKHLAK orang yang memahami agama?
Inikah sepatutnya SIFAT seorang yang dipanggil Ustazah? Ustaz? Murabbi? Murabbiah?,
Teruk sekali situasi ini.

Dosa MENGUMPAT, TAJASSUS seakan akan sudah tiada.
Tak mengapa, inilah dunia.
Setiap orang berdosa dan bersalah,
tatapi tidak semua orang yang tahu apakah dosa dan kesalahan yang dia telah lakukan yang dianggapnya pahala dan kebaikan.

AstaghfiruLLAH.
Aku sendiri, aku juga manusia biasa.
Aku layak ditegur, aku ingin dipersalahkan.
Tetapi, aku tak sanggup melihat orang yang mengetahui kesalahan aku, disebabkan itu dia dicampakkan ke dalam Neraka. Kerana dia Mengumpat, Tajassus, dan yang paling MEMALUKAN bagi seorang Alim untuk melakukannya, Menyorokkan kesalahan aku,daripadaku, tetapi menghebohkannya ke serata dunia.


WALLAHUA'LAM : takda mood.

Wassalamualaikum,